Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

PANASSS!!! Akhirnya Hj Hadi Dedah Penyelewengan PKR Dan DAP!!!


Mengapa Pakatan Rakyat berpecah? Mesti ada sebabkan. Setelah lama merahsiakan punca perpecahan Pakatan Rakyat, akhirnya ianya tidak dapat disembunyikan lagi. 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS bukan punca kejatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009, sebaliknya ia disebabkan tindakan wakil rakyat DAP dan PKR yang melompat parti.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa blok ketiga pembangkang seolah-olah ‘kosong tambah kosong sama dengan kosong’.

“PAS tidak kosong kerana melalui persefahaman kita berjaya merampas Kelantan, Kedah dan Perak.

“Jatuhnya Perak bukan kerana PAS tapi sebab DAP dan PKR. Kena ingat itu, bukan sebab PAS lompat. Tapi orang DAP yang lompat,” katanya.

Mengulas mengenai penubuhan blok ketiga PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang didakwa memberi kemudahan mudah untuk BN pada PRU14, beliau menafikannya.

“Kalah menang belum tahu lagi, bagi pilihan raya dulu. Mungkin puak ini (Pas) menang, kita tidak tahu. BN kalah atau Pakatan Harapan hilang begitu saja, kita tak tahu,” katanya kepada media selepas merasmikan Ijtimak Dewan Muslimat Pas Kedah sempena Karnival Jom Bersama Pas di Kompleks Pas Kedah.

Hadi berkata Umno dan DAP menggunakan isu hukum hudud sebagai ‘senjata’ untuk menyerangnya sejak sekian lama, namun serangan itu berjaya ditepis melalui penggubalan Undang-undang Kesalahan Syariah di Kelantan.

“Kita masih mengadakan perbincangan awal dalam soal hudud sebab ia adalah isu undang-undang dan memerlukan isu kehakiman. Mesti dibetulkan konsep kehakiman terlebih dahulu.

“Sebab itu Pas mengalu-alukan titah ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong di Parlimen untuk menaiktaraf mahkamah syariah. Pas sudah beri penerangan sejak 1977, sudah lama,” katanya, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, penerangan itu dibuat melalui seminar dengan penglibatan semua parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum dikemukakan kepada undang-undang negeri.

“Sungguhpun begitu, sehingga hari ini masih belum dilaksanakan di Kelantan kerana perlu melalui proses demokrasi berparlimen,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top