Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SAMAN : Khairy Pertahan Najib, Tindakan Tun Agenda Politik!!!


Tindakan guaman yang difailkan terhadap Datuk Seri Najib Razak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hanyalah kesinambungan agenda politik untuk menggulingkan Perdana Menteri, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

“Bagi parti dan kerajaan, kami menyokong penuh Perdana Menteri dan kami berpandangan bahawa ia (tindakan guaman) adalah perlanjutan agenda politik untuk menggulingkan Perdana Menteri,” kata Khairy kepada pemberita pada Program Kesedaran Disleksia Melalui Sukaneka di Padang Kelab Kilat TNB, di sini hari ini.

Rabu lalu, Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri, bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas anggota UMNO Langkawi, Anina Saadudin memfailkan saman terhadap Najib berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, mesyuarat Jemaah Menteri semalam diberi penjelasan mengenai kes pegawai di kementeriannya yang terbabit dalam penyelewengan dana kementerian itu yang bernilai RM107 juta.

Katanya, beliau juga memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa kes tersebut kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain itu, siasatan terhadap kes itu juga dilakukan satu pasukan bebas yang bertugas di bawah Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Audit Negara, katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng boleh menimbangkan untuk mengambil cuti sementara pihak berkuasa menyiasat kes pembelian banglo oleh beliau.

“Saya fikir gesaan ini telah pun dibuat oleh banyak pihak dan terserahlah kepada beliau,” katanya.

Pembelian banglo di Jalan Pinhorn di Pulau Pinang oleh Guan Eng dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat dan mendakwa harga itu di bawah nilai pasaran. – BERNAMA
Share this article

3 Komen:

  1. salam baru nak bersuara ni tentu najib dah blackmail kj "engkau tak backing aku ,aku buka pekong kementerian kau 100juta kau dah sapu" sama sharizat nak selamatkan suami terpaksa jadi kaki sorak najib

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer ke ? macam tipu jer...
      lu macam tuhan jer....

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top