Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BANGLO MURAH : Amekkau!!! Guan Eng Ditempelak MP DAP Sendiri!!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Ong Kok Fooi berkata, beliau tidak akan menerima jika ditawarkan jualan rumah murah seperti dalam isu membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sinchew Daily melaporkan, ADUN DAP itu berkata, walaupun Guan Eng tidak bersalah dari segi undang-undang jika pembeli telah bersetuju dengan harga jualan rumah, tetapi ia akan mewujudkan pertikaian dari segi moral.
Menurutnya, kedudukan Guan Eng sebagai ketua menteri dalam isu itu turut mewujudkan persoalan dalam kalangan pengamal media.

“Jika hal ini berlaku kepada saya, saya tidak akan menerima (tawaran jualan).

“Hal ini bagaimanapun tidak membabitkan soal betul atau salah, ia bergantung kepada pendirian dan pegangan perseorangan,” katanya.

Kok Fooi berkata, beliau kadang-kala akan terserempak dengan penyokong dan penjaja yang menawarkan makanan percuma.

Beliau bagaimanapun tetap akan membayar selepas mengucapkan terima kasih kepada penjaja berkenaan.

ISU TAMAN MANGGIS

Beberapa pihak hari ini terus membuat laporan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan isu banglo yang dibelinya serta skandal tanah Taman Manggis.


Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO negeri membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan terdapat kepincangan dalam proses penjualan tanah di Taman Manggis Fasa Dua di sini.

Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim berkata, pihaknya akan menyerahkan dokumen baharu berkaitan kelulusan yang dibuat Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam urusan jual beli tanah itu agar siasatan dapat dibuat.

Menurutnya, pihaknya juga akan membuat laporan berkaitan kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipercayai memiliki dua dokumen Perjanjian Jual Beli (S&P) berkaitan tanah itu.

‘‘Hari ini kami akan serahkan dokumen yang baharu diperoleh berkaitan kelulusan penjualan tanah yang diperuntukkan untuk projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) itu.

‘‘Selepas ini satu lagi laporan akan dibuat kepada SPRM apabila kami terima dokumen yang didakwa dimiliki oleh Abdul Rahman berkaitan S&P tanah itu,’’ katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan dokumen itu di pejabat SPRM hari ini.

Sementara itu, SPRM juga digesa menyiasat dakwaan Guan Eng yang beliau tidak mengetahui nilai semasa banglo yang dibelinya pada harga RM2.8 juta iaitu jauh lebih rendah daripada nilai pasaran semasa.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, sebagai individu yang mempunyai latar belakang sebagai akauntan, mustahil Guan Eng tidak mengetahui hal itu.

‘‘Ini hanyalah helah beliau dan ada banyak bukti yang menunjukkan dakwaan beliau tidak betul. Kita sudah buat semakan, sewaktu hendak transfer property, kena bayar duti setem dan taksiran dibuat adalah pada kadar harga semasa, tak betul kalau beliau tak tahu nilai rumah,’’ ujarnya.
Share this article

1 Komen:

  1. cina tak tau harga pasaran? hahaha

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top