Nuffnang

Dimasukkan Ke IJN - Ayuh Doakan Dato Haron Din


PETALING JAYA: Kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dilaporkan masih belum stabil. PAS Kawasan Subang menerusi akaun Facebook memaklumkan, walaupun tidak menentu tetapi kesihatan Haron masih terkawal.
Perkembangan kesihatan Haron dimaklumkan oleh salah seorang menantunya yang tidak dinyatakan nama menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS).

“Keadaan Baba (Haron Din) masih tidak menentu namun terkawal. Semalaman sakit dan tidak dapat tido. Setelah beri ubat tido yang agak kuat baru dapat lelap sebentar tadi. Doktor masih memantau dan mencari solution yang terbaik buat Baba,” tulis menantu Haron seperti dimuatnaik di Facebook itu.

Pengendali akaun Facebook PAS Kawasan Subang meminta jasa baik orang ramai membuat solat hajat mendoakan agar Haron cepat sembuh.

“Mohon doakan tuan guru (Haron Din) kita. Solat hajat. Moga sembuh,” katanya.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top