Nuffnang

PERMUSUHAN TUN M : Sepupu Dakwa Anwar Ibrahim Sedia "Berdamai"


Bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendakwa bahawa bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk memulihkan hubungan antara keluarganya dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Khairuddin yang juga sepupu Anwar, mendakwa demikian semasa sesi 'town hall' di Pusat Komuniti Petaling Jaya malam tadi.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di penjara Sungai Buloh selepas disabitkan atas tuduhan liwat, dan Khairuddin berkata, mereka bertemu selama 10 minit semasa dia berada di penjara berkaitan dakwaan cubaan mensabotaj ekonomi.

Khairuddin dikenali sebagai sekutu setia Dr Mahathir.


Beliau mendakwa bahawa dalam pertemuan tersebut Anwar memintanya cuba mencari jalan untuk memulihkan hubungan antara keluarga mereka.

Selepas dibebaskan Khairuddin berkata beliau telah bertemu dengan saudara lelaki Anwar untuk menyampaikan mesej tersebut.

Katanya, beliau telah mencuba yang terbaik untuk membawa keluarga Anwar bertemu dengan Dr Mahathir.

Dr Mahathir, katanya, telah bersetuju dengan pertemuan tersebut, tetapi akhirnya ia tidak berlaku.

Apabila bapa Anwar meninggal dunia April lalu, Khairuddin berkata, Dr Mahathir telah menziarahi jenazah allahyarham untuk memberi penghormatan terakhir.

Khairuddin berkata pertemuan yang dicadangkan itu masih belum berlaku kerana isteri Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih "emosional" tentang situasi tersebut.

Anwar, yang muncul membela dirinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Selasa, dilaporkan memberitahu Channel News Asia bahawa beliau tidak menyimpan sebarang dendam peribadi terhadap Mahathir atau Najib.

SAMAN PERDANA MENTERI - PEGUAM PESIMIS

Walaupun saman Tun Mahathir  terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menjana sensasi, namun beberapa peguam pesimis mengenai hasil saman tersebut.

Peguam New Sin Yew berkata saman itu akhirnya akan gagal kerana Najib tidak dianggap sebagai anggota perkhidmatan awam di bawah undang-undang.

"Salah satu elemen tort misfeasans dalam jawatan awam, ia mestilah menunjukkan bahawa Najib adalah seorang anggota perkhidmatan awam. Beliau bukan," dengan merujuk kepada Akta Tafsiran 1948 dan 1967.

Perkara 132 (3) (a) Perlembagaan Persekutuan mentakrifkan 'perkhidmatan awam' dengan cara yang tidak termasuk mana-mana anggota pentadbiran persekutuan atau negeri, yang seterusnya bermakna menteri, timbalan menteri dan jawatan lain di bawah Perkara 160 perlembagaan.

"Najib adalah seorang menteri, tetapi menteri-menteri tidak dianggap sebagai pegawai perkhidmatan awam.

"Oleh itu, saman itu akan gagal," kata New apabila ditanya mengenai saman yang difailkan itu semalam.

Dr Mahathir, bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin dan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan adalah plaintif dalam saman tersebut.

Dalam saman itu, defendan tunggal Najib didakwa melanggar kewajipan fidusiari dan misfeasans dalam jawatan awam, dengan didakwa mengkompromikan pelbagai siasatan terhadapnya berhubung dengan skandal 1MDB.

Sementara itu, peguam Andrew Khoo berpendapat bahawa untuk membuktikan locus standi yang mencukupi, akan menjadi isu dalam kes itu.

Locus standi merujuk kepada sama ada sesuatu pihak mempunyai alasan yang kukuh untuk membawa kes terhadap pihak yang lain.

Khoo berkata plaintif perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa mereka telah terjejas secara khusus oleh dakwaan malfeasans Najib berbanding penduduk umum, termasuk pembayar cukai lain dan ahli-ahli Umno.
Share this article

1 Komen:

  1. Hahaha....ada macai hari tu kat blog cucu tok selampit cakap Pm ni sama taraf dengan kerani peon...mungkin orang yang cakap tu ...orang yang nak saman atau dah saman Najib...kot.....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top