Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

FITNAH : Laporan Polis Buat Rafizi, Jangan Kata Ia Gurauan!!!


Hmmm... fitnah dan Rafizi berpisah tiada. Bukan sekali, tapi dah banyak kali. Tetapi yang sedihnya, acapakali "fitnah" dilontarkan Rafizi, setiap kali jugaklah pentaksub-pentaksubnya akan menerima bulat-bulat walaupun kredibiliti Rafizi sangat sinonim dengan kaki fitnah. 
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, Nazim Rahman, membuat laporan polis terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli danPusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini berikutan dakwaan kenyataan fitnah.

Ia susulan tindakan Rafizi dan NOW mengaitkan namanya dalam transaksi hartanah MARA Inc Sdn Bhd di Australia, tahun lalu.

Nazim berkata, dakwaan itu terutama kenyataan Rafizi disifatkan tidak beretika kerana menggunakan taktik 'memetik nama' tanpa mempedulikan kebenaran dan keadilan kepada pihak difitnah.

Beliau mendakwa, Rafizi lebih mementingkan kelangsungan kerjaya politik peribadinya berbanding menegakkan keadilan.

"Saya terpaksa mengambil tindakan ini bagi melindungi reputasi saya apabila dia mengitar semula tuduhan itu dan membangkitkan perkara sama dalam ucapan di Parlimen," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, petang ini.

Sebagai anggota kerja Pelaburan MARA Berhad (PMB), Nazim mendakwa tidak pernah terbabit dalam apa-apa keputusan syarikat MARA itu.

"PMB dan MARA Inc adalah syarikat berbeza yang mempunyai struktur tadbir urus dan pengurusan serta lembaga pengarah tersendiri.

"MARA Inc bukan anak syarikat PMB yang membolehkan saya mempengaruhi apa-apa keputusan di syarikat itu," katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top