Nuffnang

KAH..KAH..KAH... Lim Kit Siang Dan Pemimpin DAP Dibaling Telur Semasa Ceramah


Kah..kah..kah.... ingatkan Lim Kit Siang ni pemimpin "mulia lagi suci" di kalangan pengikut DAP, tetapi rupa-rupanya tidak. Lagi memalukan, tindakan membaling telur itu dilakukan oleh ahli DAP sendiri, bukan dari penyokong UMNO mahupun parti-parti komponen BN. Baru korang tahu penangan si apek tua Kit Siang ni?
Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah mengesahkan kejadian beberapa individu pada sesi ceramah kedai kopi di Jerantut semalam membaling telur kepadanya dan veteran DAP Lim Kit Siang.

"Saya mengenali salah seorang daripada mereka sebagai ahli DAP.

"Tiada apa yang boleh kita lakukan. Mereka baling telur pada saya, pada Kit Siang tetapi ceramah kita masih berjalan selepas itu.

"Saya rasa masalah yang besar adalah hanya beberapa orang itu. Mereka jangka bahawa calon mereka boleh bertanding dalam pilihan raya," kata beliau sambil menambah bahawa kumpulan itu turut menurunkan sepanduk DAP di kawasan itu.

Leong berkata sangat sukar bagi parti itu menuntut semula kerusi yang telah diberikan kepada rakan sekutunya, PKR.

Beliau memberitahu bahawa DAP telah melepaskan kerusi DUN Damak, Pahang kepada PKR pada pilihan raya umum ke-12 pada tahun 2008.

"DAP bertanding di Damak pada tahun 2004. Pada tahun 2008, kita tidak mempunyai calon jadi PKR bertanding di kerusi itu.

"Untuk mengambil semula kerusi itu adalah sangat sukar," kata Adun Tanah Rata, sambil menambah bahawa beberapa ahli-ahli akar umbi tidak berpuas hati kerana mereka mahu calon kegemaran mereka bertanding di kerusi itu.

The Star Online sebelum ini melaporkan bahawa ahli-ahli akar umbi mahu parti itu meletakkan Koh Boon Heng sebagai calonnya untuk Damak.

Koh bertanding sebagai calon bebas dalam pertempuran empat penjuru menentang penyandang Lau Lee dari BN, PKR Jamaluddin Abd Rahim dan seorang calon bebas Mohd Nor Jaafar. Koh dilapor tewas tipis 64 undi berbanding Lau, yang berjaya mempertahankan kerusinya dengan 7905 undi.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top