Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MASUK PERANGKAP : Kesiannya Mahathir.....


KOTA BHARU: UMNO menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad terperangkap dalam permainan DAP apabila menyertai pembangkang mengisytiharkan deklarasi menentang Perdana Menteri.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata deklarasi berkenaan adalah ciptaan DAP yang hanya mempergunakan bekas Perdana Menteri itu untuk menjatuhkan UMNO.

"Deklarasi itu adalah perangkap DAP dan Dr Mahathir masuk ke dalamnya. Sejak bila DAP, PKR tidak setuju Datuk Seri Najib Razak turun sebagai Perdana Menteri? Kalau dia (Dr Mahathir) tidak sertai deklarasi pembangkang itu, DAP dan PKR tetap tidak setuju," katanya berucap dalam Perhimpunan Deklarasi UMNO Kelantan di sini, hari ini.

Perhimpunan di hadapan Bangunan UMNO Kota Bharu itu mengumpulkan kira-kira 3,000 penyokong.

Deklarasi UMNO dibacakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Turut hadir, semua Ketua UMNO Bahagian Kelantan.

Annuar berkata, penyertaan Dr Mahathir dalam deklarasi bersama pembangkang menggambarkan kekecewaannya apabila pentadbiran negara tidak seperti yang diingininya.

"Penyertaannya lahir daripada kekecewaan untuk menguasai negara walaupun sudah berada di luar lingkungan sedangkan selama 22 tahun memerintah negara dan terbabit dalam beberapa kemelut, Dr Mahathir menggunakan perisai UMNO untuk melindunginya," katanya.

DEKLARASI TERDESAK MAHATHIR

Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat negara ini tidak perlu mempedulikan gerakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pembangkang menerusi 'deklarasi Mahathir' kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.

Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa menjaga kebajikan rakyat dengan melaksanakan pelbagai program yang dapat memenuhi kehendak selain memastikan semua akujanji pada manifesto pilihan raya umum lepas dapat dipenuhi.

Beliau berkata apa yang penting bukan deklarasi atau surat tetapi tindakan yang boleh menguntungkan rakyat seperti projek perumahan mampu milik yang sedang dilaksanakan kerajaan.

"Apa guna memekik sana, memekik sini? Melaung sana, melaung sini? Orang yang dulu maki hamun kita, kita pula dakap dia. Ini tidak patut. Apa yang patut adalah untuk kita jaga hati rakyat," katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penyerahan kunci Perumahan Rakyat 1Malaysia (Pri1ma) Pahang di Perumahan Makmur Sri Fajar Jaya, Jalan Kuantan-Gambang di Kuantan hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Najib yang juga presiden Umno percaya rakyat akan terus memberi sokongan kepada kerajaan jika kerajaan berkerja keras, tidak sombong dan bersikap rendah diri.

Perdana menteri sekali lagi berikrar akan terus beristiqamah dalam perjuangannya dengan fokus kepada pembangunan ekonomi negara kerana perkara itu memastikan peluang pekerjaan bertambah, meskipun dirinya 'diserang' daripada pelbagai sudut.

"Sebab itu kita kena berusaha tidak membuat angkara atau kata-kata yang buat orang pandang serong pada Malaysia. Bila di luar, saya jumpa dengan ahli kongres Amerika Syarikat dari parti Republican atau Democrat. Mereka tidak burukkan Amerika walaupun dari parti berlainan.

"Mereka tetap kata 'America is great' (Amerika hebat). Tapi puak-puak kita ini lain perangainya. Ada yang ke luar negara mengutuk kita. Kita boleh beza pendapat tapi dari segi nak kata Malaysia baik dan berjaya, kita kena (sama-sama) perjuangkannya kerana ini negara kita," katanya.

Perdana menteri turut mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dengan apa yang tersebar di internet mengenai dirinya kerana perkara itu lebih kepada politik persepsi.

Sementara itu, Najib turut melahirkan rasa gembira kerana agenda perumahan yang merupakan satu daripada keutamaan kerajaan BN berada di landasan yang ditetapkan.

Di Pahang sendiri katanya, sebanyak 39,000 unit rumah PR1MA Pahang telah berjaya dibina sejak Pilihan Raya Umum ke-13 walaupun sasaran awal hanya sebanyak 19,000 unit.

"Kata orang sebagai seorang insan perlu ada 3K yang penting iaitu kerja, kediaman dan kahwin. Kalau bab kahwin, itu memang tak dapat nak ditolong. Tetapi bab kerja dan kediaman adalah tanggungjawab kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya.

Beliau berkata rumah PR1MA di Perumahan Makmur Sri Fajar Jaya yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air berharga RM150,000 seunit merupakan pembelian aset yang menguntungkan rakyat.

- Bernama
Share this article

6 Komen:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no

    082---> 313 ---> 669---> 888

    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..




    KLIK DISINI 4d 5d 6d





    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu

    silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: 082---> 313 ---> 669---> 888

    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/






    BalasPadam
  2. Assalam Bro,jika kita amati benar-benar,Deklarasi Rakyat tu tidak mengandungi maksud untuk menukar kerajaan atau mengkhianati UMNO.Tujuan utamanya ialah Tukar Najib.Bukan tukar kerajaan atau UMNO.Tun M tidak memusuhi UMNO atau kerajaan BN.Fahamilah tujuan Deklarasi Rakyat tersebut.Ataupun semua ketua bahagian UMNO telah diperangkap dengan duit oleh Najib supaya menyokongnya.......

    BalasPadam
  3. Ya ke...beri sebab kenapa nak tukar Najib?ada Najib dijatuhi hukuman kerana meliwat,ada Najib disahkan oleh peguam negara curi duit rakyat,ada Najib roboh rumah kau dan halau kau macam anjing kurap seperti mana Guan Eng buat kat 24 buah kampung di Penang....so kalau tak ada kenapa nak tukar Najib...dia tak buat salah apa pun cuma orang cina dan kroni Mahadey marah sebab Najib buat GSt so peniaga cina yang lari dari cukai tak boleh lari semua dah ada dalam tangan kastam...dan kroni Mahadey dah tak dapat sambung projek janakuasa elektrik...yang mereka untung berpuluh tahun hanya atas angin...tolong lah buka minda kamu .. Minta petunjuk Allah sampai Allahyarham ANI AROPe ,pengarah TNB tu kalau tak silap saya sanggup letak jawatan walau gajinya MasyaAllah....kerana apa kerana arwah dah tak sanggup lihat rakyat dibeban dengan kos elektrik yang untungnya seaptutnya boeh dikongsi rakyat tapi dikaut semua oleh kroni Mahadey YTl....so Najib menghentikan kekuasaan YTL..macam tu jahat lagi ke Najib...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Najib Korup
      2. kes 1MDB....terlalu banyak persoalan
      3. Pengurusan kewangan tak terurus
      4. banyak aset2 negara telah dijual untuk cover 1mdb
      5. telah sedia maklum ganti najib, bukan ganti umno sebagai kerajaan...kalau umno kalah...BN kalah..silap2 pemakan dedak pun akan bertukar menjadi sesumpah untuk kelangsungan hidup

      Padam
  4. baguslah tu doakan keburukan...ko ingat kalu bala turun dia pilih orang ke..ko ni.komen mcm budak sekolah menengah jekkkk nih

    BalasPadam
  5. najib buat byk sgt pr1ma tu sbb tokey2 rumah marah mcmmana mrk nak kaut untung byk mcm ni.. aku yg juaL rumah pun marah..tp demi rakyat ok la.. najib telah kacau byk taikun2 yg monopoli ekonomi sblm ni.. tokey2 ni byk duit kalau lu langsi lu... sendiri pikir la..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top