Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Apa Dah Jadi? Ini Cikgu Ke Hantu?


Adoiiii.... rasanya baru sangat penulis membuat artikel berkenaan cikgu terlampau. Ada lagi.... Ish... Apa nak jadi ni, cikgu yang diharap menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar tetapi bertindak di luar batas kemanusiaan. Nampaknya, sesuatu WAJIB dibuat oleh Kementerian Pendidikan bagi menangani masalah disiplin dan emosi di kalangan guru-guru supaya kes-kes seperti ini tidak terus berulang.
AYER MOLEK - Seorang murid darjah lima mendakwa dia telah dilempang oleh seorang guru SK Ayer Molek, Rabu lalu. 

"Cikgu sepak sampai saya jatuh atas tar. Dia titik bibir saya dengan rotan, sepak kaki saya," kata murid berkenaan.

Kejadian itu hanya diketahui oleh ibu bapa mangsa selepas melihat pipinya merah serta bengkak di bahagian mata, sebaik pulang dari sekolah.

Ekoran kejadian itu, Muhammad Hafiz Saufie, 11, menjadi trauma untuk pergi ke sekolah selain dari mengalami luka di dalam telinga akibat ditampar oleh guru itu. 

Tidak berpuas hati dengan tindakan guru terbabit, bapa mangsa datang ke sekolah pada keesokan harinya lalu melempang semula guru lelaki yang berusia 37 tahun itu.

Mangsa yang berusia 11 tahun itu juga mendakwa, guru lelaki itu juga turut memukul rakan-rakannya yang lain menggunakan rotan semasa sesi ujian segak dan kecergasan yang dilakukan di tepi padang sekolah itu, lapor Sinar Harian. 

"Cikgu main rotan-rotan pada semua orang. Jadi saya menjawab, 'apa main rotan orang, orang tak buat apa-apa pun. Tak payahlah rotan'. Saya seorang jawab, lepas itu dia menyepak saya sehingga terjatuh," kata mangsa.

Ibu mangsa, Siti Shazlyna Abdul Azeez, 37, berkata, pihak SK Ayer Molek telah menghalangnya membuat laporan polis. Malah, SK Ayer Molek turut mengatakan bahawa laporan polis yang dibuat oleh guru lelaki itu akan ditarik.

Walau bagaimanapun, Siti tetapi tegas meminta pihak kementerian mengambil tindakan terhadap guru itu yang didakwa pernah meminta duit daripada murid jika gagal menyiapkan tugasan atau mahu ke tandas.

"Saya baru tahu perkara ini, cikgu itu minta RM2 atau RM1. Tak sangka ada cikgu seperti ini. Saya tidak boleh menerima perkara ini dan tidak berpuas hati dengan apa yang cikgu sudah buat," katanya.

Demi keadilan buat anaknya, Siti membuat laporan polis di Balai Polis Banda Hilir jam 1 petang semalam. - PIXEL MEDIA
Share this article

10 Komen:

  1. tak tau sapa yg betul.. teringat semasa zaman sekolah dahulu bila cikgu rotan or lempang tak berani nak mengadu kat mak ayah silap hb kita yg kena balik.. huhu

    BalasPadam
  2. BAPAK budak tu pun WAJIB disekolahkan

    BalasPadam
  3. lempang memula tu ok la nak mengajar. bila titik bibir masa jatuh lepas tu sepak kaki. kira mengajar gak ke camtu? 2.46 ptg ni pon wajib disekolahkan. biar dia tau beza antara mengajar budak sekolah dengan membelasah budak sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la cam hang juga wajib disekolahkan...kalau x nak anak kena lempang baik duduk rumah....kerja cikgu mendidik supaya menjadi insan berguna....kalau tak mendidik tuduh pendidik makan gaji buta...mak ayah sekarang ni terlalu mengikut kata budak budak...contoh macam 'tanpa nama' 8:42 ni la...

      dengar kaba...bapak budak ni nak kena sekolah balik...kena cekup....ha elok..bebenor yeop

      Padam
    2. lempang memula tu ok la nak mengajar. bila titik bibir masa jatuh lepas tu sepak kaki. kira mengajar gak ke camtu? ko paham tak ayat ni? atau ko pon nak kene masok sekolah balik? lempang nak ngajar tak salah. ade ke titik bibir pastu sepak bile jatoh dikire mendidik jugak? kalau depan aku walau bukan anak aku memang aku kitai cikgu tu. nasib la aku atau die kena kitai. asal jangan jadi tak paham bahasa macam 3.41 ni dah la

      Padam
    3. ingat dia punya lempang saja ka budak?

      Padam
    4. nak kata bodoh...kang marah...tapi pandai menulis....kalau budak tu salah..cikgu tu belasah.....tup2 bapak serang tanpa soal...dua dua kena..siapa yang bebal?...sorang kena buang kerja kalau betul bersalah..sorang kena masuk mahkamah sebab menyerang...akal kena cerdik bai...

      Padam
    5. orang lain ntah la. tapi kalo aku. demi anak aku. ape pon aku sanggop, masok mahkamah pon takpe. janji aku tak tengok saje anak aku kene dera. tak sanggop aku jadi sebacul itu. kalo setakat budak begadoh sesame budak xpe la. bebudak taktau ape. kalo 5.19 ni sanggop jadi bacul sebab takut naik mahkamah walaupon anak die kene dera. takpe la. itu hak die sebagai orang pandai. bior la aku jadi bodoh

      Padam
  4. untuk berlaku adil cerita dari guru tersebut juga perlu diketahui.

    BalasPadam
  5. apa pon cerita cikgu tu. walau sesalah mana pon budak tu. wajar ke dibelasah sebegitu? soal kesalahan budak tu soal kedua.kenapa cikgu tu bertindak begitu. tu yang jadi masalahnya sekarang. kalau setakat lempang je takkan jadi hal camni. bapak budak tu pon bukan tak berakal.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top