Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Kita Bakal Hadapi Kesukaran, Tetapi....


KUALA LUMPUR: Ekonomi terus menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan, malah dipuji Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meskipun negara mengharungi keadaan global yang sukar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Berucap dalam majlis pelancaran projek kondominium mewah 50 tingkat, 8KiaPeng@KLCC oleh I-Berhad di Hotel Grand Hyatt petang tadi, Najib menjelaskan pencapaian itu dapat dilihat pada kemasukan pelabur asing, termasuk dalam projek pembinaan.

Beliau merujuk usahasama syarikat I-Berhad dengan syarikat, Central Pattana of Thailand, dalam projek pembinaan kompleks membeli-belah terbesar di Shah Alam, Selangor.

“Ini menunjukkan realiti tentang apa yang berlaku di Malaysia; walaupun dengan keadaan global yang sukar, ekonomi negara terus menunjukkan pencapaian yang baik, seperti yang dinyatakan dalam laporan terbaru IMF yang diterbitkan bulan lalu.

“Mereka (IMF) juga memuji ‘dasar kewangan yang cermat’ negara kita dan berkata ‘keadaan kewangan (Malaysia) dijangka kekal menyokong pertumbuhan,” katanya lagi.

Walaupun dengan pencapaian sebegini, kata Najib lagi, kerajaan akan terus mengambil langkah-langkah yang perlu demi mengukuhkan lagi keanjalan ekonomi negara.

“Hakikatnya asas (ekonomi) kita kuat…Banyak yang telah dicapai negara dalam masa beberapa tahun ini.

“Sama seperti kebanyakan ekonomi lain, kita bakal berhadapan keadaan yang sukar, tetapi jangan dilupakan kejayaan kita sejauh ini,” katanya lagi.
Sementara itu, Najib berkata kerajaan akan terus membantu dan memudahcara (facilitate) sektor swasta yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Beliau memetik pengiktirafan daripada kumpulan hartanah antarabangsa, Knight Frank, yang meletakkan Kuala Lumpur dalam senarai ‘5 bandaraya global yang perlu menjadi perhatian’ pada penghujung 2015.

“Sektor swasta boleh menjadi pemangkin dalam menjadikan Kuala Lumpur lebih menarik untuk masyarakat di seluruh dunia, dengan tempat tinggal, pendidikan, kemudahan dan penjagaan kesihatan yang cemerlang.”

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top