Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BERPRINSIP DAN SETIA : "Jiwa Besar" Ku Li Yang Tiada Pada Tun M


Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menandatangani Deklarasi Kelantan sebagai tanda sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan beliau benar-benar orang parti yang berjiwa UMNO. 

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh berkata, perpaduan antara satu sama lain merupakan kekuatan UMNO terutama dalam keadaan sekarang yang semakin mencabar.

“Tindakan Tengku Razaleigh menandatangani Deklarasi Kelantan membuktikan beliau merupakan orang parti berjiwa UMNO kerana tidak mahu melihat perpecahan parti.

“Individu yang menyerang pemimpin hanya berniat melemahkan parti dan memutuskan menggunakan kaedah ini untuk melemahkan UMNO. Jika tidak berpuas hati, lawan atau jatuhkan pemimpin secara demokratik kerana UMNO sendiri mempunyai kaedah pemilihan parti,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Tengku Razaleigh menyatakan pendirian apabila turut menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuhnya terhadap Najib.

Deklarasi yang diserahkan kepada Najib itu susulan perhimpunan kira-kira 10,000 rakyat Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu lalu bagi menyatakan sokongan kepada Najib serta menolak pakatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembangkang.


Dalam pada itu, Mohamad Fatmi menjelaskan, pemilihan Najib sebagai Presiden mengikut Perlembagaan UMNO dan berbeza ketika pelantikan Dr. Mahathir sebagai Presiden.

Katanya, ketika zaman Dr. Mahathir dilantik sebagai Presiden, beliau mesti mendapatkan sokongan 30 peratus daripada UMNO bahagian berbeza ketika pelantikan Najib kerana sesiapa yang mahu bertanding jawatan Presiden atau mana-mana jawatan Ahli Majlis Tertinggi hanya perlu memenuhi syarat pernah menjadi Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal.

“Oleh itu, pelantikan Najib dijalankan secara terbuka dan demokratik. Bagaimanapun, mengapa kini ada pihak yang ingin menjatuhkannya kerana jika tidak berpuas hati tunggu sehingga masanya tiba dan lawan secara demokratik,” katanya.

“Mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan UMNO hanya menyusahkan kerana mereka bukan hanya memudaratkan parti tetapi merosakkan negara dan rakyat,” katanya.

WAJAR JADI IKUTAN

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, tindakan tersebut telah menghapuskan segala spekulasi yang kononnya wujud segelintir pemimpin yang tidak bersama Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tindakan beliau sangat terpuji. Apa yang dilakukannya harus dicontohi ahli-ahli UMNO lain. 

“Semua negeri telah menyatakan deklarasi dan ikrar mereka. Yang paling penting, tindakan itu datang secara sukarela bagi menunjukkan solidariti serta tanda menghormati kepemimpinan Najib,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, perkara tersebut telah dijangka kerana sebelum ini ketua-ketua bahagian terutama dari Kelantan telah menyatakan sokongan mereka.

Langkah tersebut wajar diberikan pujian serta dijadikan ikutan oleh ketua bahagian UMNO negeri -negeri lain untuk menyatakan kesediaan berdiri teguh di belakang kepemimpinan sedia ada.

“Sejak awal lagi pelbagai peringkat ahli UMNO menyatakan pendirian mereka untuk bersama Perdana Menteri.

“Deklarasi Kelantan perlu dijadikan contoh dan ikutan perwakilan lain. Saya melihat pengaruh yang ada pada Tengku Razaleigh mampu memberi impak positif terhadap perkara ini,” katanya.

- Utusan Online
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top