SHAH ALAM – Riuh rendah Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), di sini, semalam apabila peserta himpunan tertutup itu menjerit dan mendesak bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membuka dan menukar baju merah yang dipakai pemimpin itu ketika memberi ucapan dalam program itu.
Mukhriz yang tampil berbaju merah Umno di pentas Kongres Rakyat 2016 ketika program sudah pun bermula.
Mukhriz ketika memberi ucapan mengaku sengaja mengenakan baju uniform berlambangkan Umno untuk ke Kongres Rakyat 2016.
“Buka, buka (baju), tukar (baju),” laung peserta kongres yang hadir pada himpunan tertutup di SACC hari ini.
Menurutnya, bukan mudah untuk meninggalkan parti yang selama ini menjadi asas perjuangan dalam membela nasib rakyat khusus di negeri Jelapang Padi itu selama ini.
Bagaimanapun jelasnya, berdirinya beliau di sini kerana tidak mahu lagi amalan rasuah berlaku dalam negara.
“Saya tahu bukan saya seorang sahaja ahli Umno dalam ini (dewan), saya percaya ada ahli Umno berada dalam ini walaupun tidak pakai baju Umno seperti saya ini,” kata Mukhriz ketika berucap pada himpunan hari ini. - Suara TV
Nampak tak wayang Mukhriz? Masih cuba menagih simpati melayu walau bersekongkol dengan DAPig!
GERAKAN SIA-SIA
Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Perlembagaan menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik Perdana Menteri tetapi tiada peruntukkan untuk memecat.
“Majlis Raja-Raja pun tidak boleh berbuat apa-apa melainkan mungkin selepas didesak rakyat,” kata beliau pada Kongres Rakyat 2016 di sini, hari ini.
Turut hadir bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin parti pembangkang.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....