Nuffnang

KANTOI LAGI : 1MDB Gesa Siasat Rafizi Dedah Dokumen OSA


Rafizi oh Rafizi. Fitnah denganmu berpisah tiada. Cuma yang peliknya, ramai manusia bijak pandai di Malaysia ini masih mahu dan terus mempercayai apa sahaja tohmahan fitnah yang kau lemparkan. Bukan sekali kau kantoi, berkali-kali. Dunia oh dunia.
1Malaysia Development Berhad (1MDB) meminta pihak berkuasa dan Parlimen supaya menyiasat Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang didakwa berkongsi dokumen yang dirahsikan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) hari ini.
“Rafizi tidak boleh mengaku dirinya tukang adu (whistleblower) atau bertindak demi kepentungan awam, kerana Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) iaitu sebuah badan sah yang dianggotai lima wakil rakyat Pembangkang, mempunyai akses dan sedang meneliti Laporan Ketua Audit Negara keatas 1MDB,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang diterima FMT.

Rafizi hari ini mendedahkan dokumen daripada Laporan Ketua Audit Negara keatas 1MDB yang dirahsiakan dibawah OSA. Dokumen itu dikatakan menunjukkan kaitan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“1MDB faham bahawa LTAT, dalam masa terdekat, akan memberi penjelasan yang akan memaparkan kepalsuan dakwaan adanya kaitan antara kontrak 1MDB dengan Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM), dengan pembayaran LTAT kepada anggota angkatan tentera.

“Kaitan yang dikatakan itu adalah satu penipuan yang sengaja direka Rafizi, yang tanpa malu cuba menyampaikannya sebagai fakta,” menurut kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, 1MDB mengesahkan bahawa ia mengalami ketakserasian aliran tunai pada 2015 dan syarikat itu menegaskan pengesahan sebelum itu pada 21 Mac lalu bahawa semua pembayaran kepada PPHM dibawah kontrak antara mereka adalah semasa dan tiada jumlah tertunggak.

“Oleh itu, 1MDB menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia menjadi punca sebarang kelewatan pembayaran kepada anggota angkatan tentera.

“Seandainya Rafizi menganggap apa yang sedang dilakukannya itu tindakan yang betul, maka beliau bukan sahaja menunjukkan ketidakpedulian pada undang-undang tetapi juga menghina siasatan PAC, sebuah jawatankuasa Parlimen yang merentas parti.

“Sekiranya didapati ada salahlaku, kami percaya tindakan akan diambil mengikut undang-undang,” menurut kenyataan itu. - SUMBER

Berikut sekadar dikongsikan senarai-senarai "kantoi" @ fitnah yang dibuat Rafizi :

Share this article

2 Komen:

  1. Rafizi salah sebab mendedahkan dokumen Osa. 1MDB salah sebab songlap duit rakyat. Najib Dan menteri2nya bersalah sebab mengOSAkan report Dari pengetàhuan rakyat. Rakyat akan menilai ketika Pru nanti!!

    BalasPadam
  2. saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 082--->"313--->"669--->''888 'saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau



    KLIK DISINI 4d 5d 6d


























    saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 082--->"313--->"669--->''888 'saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau



    KLIK DISINI 4d 5d 6d






    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top