Nuffnang

AMBIL PERHATIAN!!! Daging Babi Berlogo Halal JAKIM


Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyiasat sebuah syarikat tempatan yang secara sengaja menyalahgunakan logo Halal Jakim untuk produk berasaskan daging babi keluarannya.

“Adalah jelas produk berkenaan tidak akan diberi pengiktirafan Jakim kerana mengeluarkan produk makanan berasaskan daging bukan halal,” kata Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Dr Sirajuddin Suhaimee mengulas isu itu yang viral di media sosial sejak semalam.

Menurutnya, alamat di pek pembungkusan produk itu mendapati kilang pengeluaran produk berkenaan beroperasi di sebuah negeri di pantai timur.

Pengusaha produk terbabit juga dikesan mengambil kesempatan menggunakan tagline bertulisan mandarin, ‘Spicy Malay Bacon’ untuk menarik pelanggan.

Tindakan itu katanya jika disahkan adalah jelas melanggar peraturan Akta Perihal Dagangan 2011 berkaitan penggunaan logo Halal sebagai alat pemasaran yang mampu menarik pelanggan Islam serta bukan Islam. - BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top