Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BENAR DAN SAH : Akhirnya Nazir Sebelahi Najib Razak!!!


Makin lama semakin menarik. Benarlah kata orang tua-tua, kebenaran walau cuba ditutup dan dikaburi, lambat laun ia akan "menang" jua. Apa yang lebih menarik, ia kali ini datang daripada Nazir Razak iaitu adik Perdana Menteri sendiri yang sebelum ini dilihat "menongkah arus" perjuangan politik abangnya itu.


Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mengesahkan menerima RM29.46 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk diagihkan kepada ahli-ahli politik Barisan Nasional.

Beliau yang juga adik kepada Najib tampil berkata demikian menerusi akaun Intagramnya hari ini, sebagai menjelaskan kekecohan berikutan laporan The Wall Street Journal baru-baru ini.

“Bagi menguruskan PRU13 saya telah diminta oleh abang/presiden parti untuk segera membantu menyampaikan wang tunai kepada jentera parti,” katanya.

Beliau bagaimanapun percaya dengan niat yang baik bahawa dana berkenaan datang daripada sumber ‘penjanaan dana politik yang sah’.

“Jumlah Keseluruhan telah diedarkan, saya tidak menyimpan walaupun satu sen,” kata Nazir.
Share this article

2 Komen:

  1. Sambungan berita dari post di atas...

    Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak mengakui dirinya tidak sepatut membantu abangnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengagihkan AS$7 juta kepada ahli politik parti pemerintah sebelum pilihan raya umum 2013, seperti laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ), semalam.
    "Saya faham kemarahan (orang ramai), dan berdasarkan pengalaman, saya tidak sepatutnya," tulis Nazir dalam post Instagram malam semalam.

    BalasPadam
  2. Nazir ni pun main politik. Dulu mcm protun. Kerana Tun nampak gagal, dia cuba perbetulkan diri. Muga Allah memberikan kekuatan kepada orang yg benar dan hancurkan rancangan jahat orang yg jahat.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top