Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BERANI KERANA BENAR : Khairy Sekolahkan Guan Eng!!!


Steadylah! Berani kerana benar! Tiada apa yang perlu diselindung dan didolak-dalikkan seandainya anda benar atau tidak bersalah. Bersemuka dan berhadapanlah dengan rakyat dalam memperjelaskan isu yang membelenggu diri atau pentadbiran secara terhormat. Mungkin inilah yang cuba ditekankan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin iaitu sebagai pemimpin, Lim Guan Eng tidak sepatutnya sentiasa menuding jari menyalahkan pihak lain setiap kali menghadapi masalah.

Tindakan Lim mengalihkan isu terbabit dengan menyerang pihak lain tidak akan menyelesaikan masalah, kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.

“Saya sendiri tidak pernah mengalihkan isu dengan menyalahkan pihak-pihak lain khususnya DAP dan PKR dalam kes membabitkan pegawai di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang dipercayai menyeleweng dana bernilai RM100 juta.

“Saya tampil menyatakan komitmen bagi menyelesaikan isu berkenaan dan bertanggungjawab dalam memastikan mereka yang bersalah diambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya kepada selepas merasmikan Liga Anak Muda Permatang Pauh di sini, hari ini.

Jumaat lepas, Pengerusi DAP negeri Chow Koon Yeow berkata pembelian banglo Lim dan kaitannya dengan tanah Taman Manggis merupakan serangan peribadi semata-mata.

Sementara itu, Khairy berkata, pasukan petugas bebas audit yang ditubuhkan akan memulakan tugas mereka mulai esok bagi menjalankan kerja-kerja audit membabitkan penyelewengan dana sebanyak RM100 juta itu.

Pegawai yang disyaki terlibat dalam isu itu telah dikeluarkan daripada kementerian itu mengikut prosedur Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sementara siasatan dijalankan.

“Bagi mengelak masalah ini daripada berulang, prosedur yang dilihat lemah sehingga membolehkan penyelewengan dilakukan supaya diberi perhatian dan dimantapkan,” katanya.

-Bernama

Untuk rekod kemelut yang dihadapi Khairy dan Lim Guan Eng adalah dua senario yang berbeza di mana Khairy terpaksa menanggung tanggungjawab di atas penyelewengan orang lain sebaliknya Lim pula di atas penyalahgunaan kuasa demi kepentingan peribadi.
Share this article

1 Komen:

  1. sepatutnya buat ulasan yang sama kat bos sendiri...amacam..?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top