Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

RAMPASAN KUASA : Azalina Dedah Konspirasi TS Muhyiddin?


Pengakuan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya ada bukti jenayah yang didedahkan bekas Peguam Negara kepadanya, jelas menunjukkan wujud konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata jika ada konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, bererti ia cubaan rampasan kuasa proses demokrasi dan keputusan rakyat pada pilihan raya umum lalu. Katanya, dakwaan Muhyiddin bahawa bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri memberi taklimat dan berkongsi maklumat sulit dengannya, bukan sahaja tidak beretika, malah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Muhyiddin seorang anggota Kabinet dan pemimpin UMNO yang mempunyai kepentingan, maka ia satu tindakan salah. Beliau bukan sahaja melanggar OSA 1972, tetapi juga bersubahat dalam konspirasi bermotifkan politik untuk memanipulasi dan menyalahgunakan sistem perundangan untuk menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu kenyataannya mendakwa Abdul Gani mendedahkan bukti kepadanya membabitkan wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International.

Azalina turut mempersoalkan bagaimana Abdul Gani boleh mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Perdana Menteri ketika itu, padahal pada masa itu siasatan belum pun dimulakan.

“Dalam sistem kehakiman, ada proses standard yang diikuti di seluruh dunia iaitu jika ada dakwaan terhadap seseorang, pihak berkuasa yang sah menjalankan siasatan dan jika mereka mempunyai sebab untuk mempercayai jenayah itu dilakukan, maka kertas pertuduhan disediakan. 

“Dalam kes ini, kertas pertuduhan dikatakan disediakan pada Mei 2015, sebelum Pasukan Petugas Khas dibentuk yang dikatakan memulakan siasatan pada Jun 2015. 

“Ini juga berlaku sebelum Perdana Menteri memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Disember 2015. Ini jelas menunjukkan wujud konspirasi,” katanya.

Pada 26 Januari lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mengesahkan Perdana Menteri bersih daripada sebarang salah laku jenayah seperti didakwa selama ini membabitkan 1MDB dan SRC International. Azalina berkata, mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan adalah menjadi hak Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding yang membabitkan kesalahan.

“Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Peguam Negara mengikut Perkara 145 (3) adalah muktamad dan tidak boleh dicabar,” katanya. Beliau berkata, ‘bukti’ yang kononnya dikongsi kepada Muhyiddin juga sama dengan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ), yang ia mempunyai dokumen sulit hingga dijadikan asas untuk membuat pelbagai dakwaan sensasi terhadap Perdana Menteri.

“Saya ingin bertanya, mengapa sekarang Muhyiddin membuat pengakuan itu, itupun selepas beliau digantung sebagai Timbalan Presiden.

Apakah motif tersembunyi dan agenda beliau?

“Ini juga menunjukkan beliau secara tidak langsung mempertikaikan kewibawaan Mohamed Apandi dan SPRM.

“Bolehkah tindakan Muhyiddin dilihat sebagai bersubahat kerana tidak melaporkan kepada pihak berkuasa sehingga hari ini sedangkan beliau mendakwa mempunyai maklumat jenayah itu,” katanya.

Share this article

8 Komen:

  1. Konspirasi apa kejadahnya? Sebenarnya yang konspirasi adalah Najib, Zahid dan kuncu-kuncu bangsat mereka dalam MT yang berkomplot mengainaya Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu yang sebenarnya.

    Dalam isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, pasal apa tiada surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya dia dapat jelaskan tindakan yang dia telah buat sebelum ini?

    Malahan pasal apa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dihadapkan terlebih dahulu ke Lembaga Disiplin Parti supaya dia dapat bela diri dia sebelum sebarang keputusan diambil?

    Najib kata dia bukan pemimpin diktator, kepala butoh sahajalah, Najib lebih diktator dari Perdana Menteri Israel, Perdana Menteri Israel pun tak berkelakuan seperti Najib ini, itu di negara Yahudi, tapi di Malaysia Perdana Menterinya kini iaitu Najib lebih teruk dari Perdana Menteri Negara Haram Yahudi Israel itu.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. Abang Aza, dah ada girl fren ke belom.....????
    Mesti abang ni kayoookan, banyak masuk dedak....HEHEHE

    BalasPadam
  3. Azalina kata Peguam Negara Tan Sri Gani Patail membocorkan rahsia negara bila memberitahu Tan Sri Muhyiddin pasal kes Najib itu. Sedangkan hakikatnya Azalina ni pun tau yang adalah menjadi kelaziman seseorang Peguam Negara memberi taklimat kepada pemimpin tertinggi negara yang kebiasaanya pemimpin itu adalah adalah Perdana Menteri mengenai sesuatu kes yang berprofil tinggi sebegini. Tetapi kerana suspek utama kes yang disiasat itu adalah Najib yang merupakan Perdana Menteri, maka takkan Tan Sri Gani beri taklimat kepada Najib yang merupakan suspek jenayah itu pula? Sudah tentulah taklimat mengenai kes itu diberitahu kepada Timbalan Perdana Menteri sebagai pemimpin tertinggi paling kanan selepas Perdana Menteri yang mana Timbalan Perdana Menteri ketika itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Sebenarnya tak ada isu jenayah, komplot itu ini, dalam perbuatan Tan Sri Gani memberikan taklimat kes berkenaan kepada Tan Sri Muhyiddin, itu adalah normal dan tak menyalahi undang-undang.

    Sebab bodohlah nak beritahu ke Najib perkembangan kes itu, sedangkan Najib adalah suspek utama kes itu, tapi mangkuk hayun kuncu-kuncu Najib mana nak peduli itu semua, mereka putar sana sini untuk mengelirukan masyarakat sahajalah.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  4. Abu bakar or burn ash...betul lah apa admin cakap belum siasat dah siap kertas siasatan kononnya duit SRc pulak masuk acc Najib...commonlah...cuma orang otak dia bingai atau mmang hasad dengki je boleh petcaya cakap orang yang dah hilang jawatan...waktu ada jawatan kenapa tak tanya sendiri kan...tanya apanyang tak puas hati tu apa yang di cerita belakang belakang tu.ni tidak bila dah holang jawatan barulah cakap orang ni cakp itu orang ni cakap ini.,macam ni lah burn ash...kau kalau hebat lebat sanagat hujah kau beri je bukti...kat polis ke SPrM ke.dont worry orang macm bahari tu akan panatu kalau bukti kau tu kena curi ke kena bakar ke..sbb dia tu orang balaci macm kau ..nama je makan gaji dengan kerajaan Bn tapi hati tindak tanduk macm sokong si yahudi mata sepet je...

    BalasPadam
  5. biasa la tu bila ada sahaja isu....pemimpin yang sebelum ni pun 2 x 5..akan ambil kesempatan menjadi pahlawan bugis.....berjiwa besar la kata kan

    BalasPadam
  6. Korang tau tak...tak ada istilah penjawat awam ialah pengundi BN..KEBANYAKKAN penjawat awam adalah PEMBANGKANG termasuk guru, polis, askar, MARA...sapa yang kuat kutuk kerajaan tidak sedar yang dikutuk ialah diri sendiri. huhu

    BalasPadam
  7. Penjawat awam kalau sokong pembangkang adalah penghianat. Kalau tak sokong kerajaan lebih baik berhenti atau meletak jawatan. Kami yang sokong kerajaan pun tak dapat jawatan kerajaan.

    BalasPadam
  8. Bertuah siapa yang dapat bekerja dengan kerajaan. Gaji tinggi dan bermacam-macam elaun berbanding swasta. tetap dan berpencen serta terjamin. sekarang ini susah dapat kerja . Adalah malang bagi kerajaan memilih pekerja yang berjiwa pembangkang. Pilihlah pekerja yang menyokong kerajaan. Adakan temuduga. tanya apa parti mereka. kalau tak sokong kerajaan, jangan ambillah jadi pekerja kerajaan atau penjawat awam. Biar mereka bekerja dengan pembangkang. Di Putra Jaya kita tahu lebih 98% penjawat awam. tapi kita tahu berapa ramai yang menyokong kerajaan dalam pilihanraya yang lalu?.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top