Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

HIMPUNAN ANTI NAJIB : Tun M "Cover" Malu ! Muhyiddin Tutup Mulut


Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menempelak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dengan mengatakan bekas pemimpin itu menyertai himpunan anti-Najib kerana malu anaknya dilucutkan jawatan Menteri Besar Kedah.

Nazri menyatakan bekas ketuanya itu menyertai himpunan tertutup anti-Najib anjuran bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim untuk membalas dendam terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

“Anda kena ingat Mahathir ni pendendam. Jadi dia malulah. Anak dia tak sampai sepenggal pun telah hilang jawatan Menteri Besar. Itu suatu perkara yang memalukan keluarga dia. Apa yang lebih malu bila digugur tak ada siapa pun nak demonstrasi. Jadi mungkin bukan saja untuk balas dendam terhadap Najib, beliau menyertai Zaid Ibrahim, seorang lagi political failure.

“Pada sayalah, dia nak buat sesuatu tunjuk orang marah nak gugurkan Mukhriz,” kata beliau dalam satu wawancara di sini, semalam.

Jumaat lalu, Mahathir menyatakan beliau akan menyertai himpunan tersebut kerana tiada lagi jalan lain bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan pimpinan Najib.

Nazri mengalu-alukan himpunan tersebut yang menurut beliau tidak akan berjaya seperti mana himpunan yang dilakukan sebelum ini.

Beliau dengan sinis menyatakan Mahathir tidak mampu melakukan apa-apa setelah MT membuat keputusan menggantung bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Alah bisa tegal biasa. berpuluh kali dah dia buat himpunan begini. Asalkan dia ikut peraturan sudahlah. Bagilah kebebasan.

“Waktu dia jadi Perdana Menteri dia tak bagi kita demonstrasi… jadi biarlah. Dia teringin nak demonstrasi. Saya sudah cakap dulu bukan dia boleh buat apa pun. Baling batu dekat gelas pun tak pecah. Biarlah dia,” kata beliau. (SUMBER)



MUHYIDDIN TUTUP MULUT 

Pergantungan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO mengundang ketidakpuasan hati dalam kalangan penyokong beliau, termasuk mereka yang merasakan proses tersebut sebagai tidak adil.
Kebanyakan orang yang mengikuti perkembangan politik pula sudah boleh menduga langkah ini daripada Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Apalah sangat jawatan Timbalan Presiden UMNO jika jawatan Timbalan Perdana Menteri pun boleh ditarik balik. UMNO, Melayu dan Johor ternyata ada hubungan rapat, namun ia tidak dapat berbuat apa-apa untuk Muhyiddin sejak digugurkan daripada jawatan nombor dua negara.

Sekarang tinggal Muhyiddin sebagai ahli Parlimen Pagoh (menggunakan tiket UMNO) dan ahli UMNO yang mana beliau sendiri pernah akui enggan meninggalkan parti Melayu itu.

Siapapun tidak mungkin lupa kata-kata Muhyiddin, “I am a Malay first” apabila dicabar oleh Lim Kiat Siang untuk menyatakan sama ada dirinya adalah ‘Malay first’ atau ‘Malaysian first’. Jadi, tidak mungkinlah Muhyiddin sanggup menggadaikan keanggotaanya sebagai ahli UMNO yang memperjuangkan keMelayuan walaupun dihimpit dengan pelbagai dilema politik dalam UMNO.

Namun, sejak beliau membuat pelbagai kenyataan yang kontra dengan Najib berkenaan syarikat pelaburan negara 1MDB hingga yang terbaru mengenai wang dalam akaun peribadi Najib dan SRC International, beliau dilihat belum membuat satu keputusan politik yang kukuh atau konsisten.

Ini kerana, jika Muhyiddin benar-benar mahu membuat pendedahan dan menyelamatkan negara ini, saya percaya ia boleh dilakukan secara berhemah dan mengikut prosedur. Tetapi lain pula ceritanya apabila Muhyiddin bertindak ‘melepaskan’ satu per satu tiap kali berdepan dengan situasi genting.

Ia boleh dilihat sejak hari pertama beliau ‘menyerang’ Najib, setiap kali Perdana Menteri bertindak, Muhyiddin memulakan serangannya, ini termasuk selepas digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri hingga digantung sebagai Timablan Presiden UMNO.

Selepas satu aksi (tindakan) oleh Najib, Muhyiddin tampil dengan reaksi (respon) dan saya berpendapat ia bukanlah pendekatan yang sepatutnya digunakan oleh seorang ahli politik yang berpengalaman. Kami tidak mahukan reaksi kepada setiap aksi tetapi penyelesaian. We dont want reaction to every action, we want solution!

Namun, apa yang dilakukan oleh Muhyiddin pula lebih membuatkan semua orang khususnya orang awam tertanya-tanya status sebenar skandal tersebut.

Jangan tutup buka, tutup buka dan tutup buka sesuatu perkara. Kalau benar anda tahu sesuatu ia sepatutnya didedahkan kepada pihak berwajib ketika penyiasatan dilakukan. Inikan tidak, setiap perkataan yang keluar daripada Muhyiddin dilihat sebagai bersifat ‘reaksi’ sahaja.

Oleh itu, kalau benarlah Muhyiddin atau mana-mana pihak tahu perkara sebenar, sila buat pengakuan kepada pihak yang sepatutnya dan usah tampil dengan kenyataan yang mengelirukan masyarakat. Cakap sekejap, selepas tu terus diam seribu bahasa. Ia juga menyebabkan pelbagai spekulasi dan andaian oleh pelbagai pihak. Kalau kesannya hanya pada UMNO, BN tidak mengapa tetapi apa yang berlaku sekarang ialah kepada seluruh negara!

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ada berkata bahawa rakyat Malaysia tidak mahu terbeban dengan polemik politik. Malah beliau akui kita perlukan sebuah kerajaan yang stabil bagi memajukan ekonomi, khususnya dalam situasi mencabar sekarang. Itu juga hasrat saya dan saya percaya seluruh rakyat.

Share this article

1 Komen:

  1. wa caya la lu bro nazri.. lu sekali sungkit je tsmy terus menyungkam member tu.. zahid semenjak jd tpm ni asyik nak control hensem je..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top