Nuffnang

CHALLENGER : Antara Belia "Terbangsat", "Terhasut" Atau "Terbangkit?"


Apabila cubaan untuk menghasut orang UMNO untuk membenci Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal, difahamkan ada gerakan dari pihak tertentu untuk menggerakan segelintir golongan muda untuk menyatakan kononnya mereka menentang kepimpinan Najib dengan gelaran “Change Led by The Young Generation” (Challenger).

Mereka merupakan 25 orang anak muda diketuai oleh Pendebat Utama Asia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan dikatakan terdiri dari pelbagai universiti tempatan dan antarabangsa.

“Kami hilang kepercayaan terhadap Najib dan sekutunya, kerana tindakan mereka menjejaskan dan akan mengorbankan masa depan Malaysia.

“Cinta kami kepada Malaysia tiada tandingan, oleh itu menjadi tanggungjawab kami bersuara terhadap mereka yang cuba menghancurkan negara tercinta ini.

“Kami, generasi yang bakal mewarisi kepimpinan negara, bertanggungjawab menyelamatkan masa depan negara dari masa sekarang,” kata Syed Saddiq dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook mereka dengan angkuh.

Pihak tertentu berkenaan dipercayai terdiri dari bekas-bekas pemimpin kanan negara yang kini begitu mahu menjatuhkan Najib dan menggulingkan kerajaan.

Mereka dikatakan telah memanggil beberapa orang pemimpin mahasiswa dan bekas pemimpin mahasiswa untuk mempengaruhi mereka untuk bersama menentang kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, tidak lama selepas kenyataan dibuat oleh Syed Saddiq, gabungan sebenar mahasiswa dan golongan muda seluruh negara tampil membuat kenyataan menyangkal dakwaan Challenger.

Jelas dan nyata bahawa majoriti golongan muda, masih menyokong kepimpinan Najib dan Barisan Nasional (BN) ketika ini serta yakin dengan kredibiliti Perdana Menteri mentadbir negara.


Kenyataan mereka diberikan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM sesi 2013/2014 Abang Mohd Hafizie Abang Bunsu bersama 45 orang lain bekas pemimpin mahasiswa.

“Challenger bukanlah satu pertubuhan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, Pendaftar Pertubuhan Belia atau universiti… Mereka tidak mewakili suara majoriti anak muda di Malaysia.

“Kenyataan mereka yang mempertahankan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang sering menyerang Tabung Haji dengan tuduhan tidak berasas menyerlahkan mereka adalah sekutu pada pembangkang,” katanya.

Di bawah, disertakan kenyataan penuh dari kumpulan majoriti golongan muda dan mahasiswa.

– PRU14.tv

KENYATAAN MEDIA SOKONGAN ANAK MUDA PADA PERDANA MENTERI

1) Kami rasa terpanggil untuk menyatakan yang kumpulan mahasiswa, NGO dan generasi muda menyanggah kenyataan kumpulan Challenger yang mengecam Perdana Menteri Malaysia.

2) Challenger bukanlah satu pertubuhan berdaftar dengan ROS, ROY atau universiti. Mereka tidak mewakili suara majoriti anak muda di Malaysia.

3) Kenyataan mereka yang mempertahankan Rafizi Ramli yang sering menyerang Tabung Haji dengan tuduhan tidak berasas menyerlahkan mereka adalah sekutu pada pembangkang.

4) Kami bersetuju bahawa menghormati hak majoriti yang dipilih melalui proses demokrasi yang berlangsung setiap lima tahun adalah lebih mulia berbanding merosakkan sistem yang sedia ada.

5) Semua tuduhan yang dilempar ke atas Perdana Menteri hanyalah bersifat prasangka dan propaganda semata-mata, sedangkan realitinya sudah banyak perubahan yang dilakukan dan rakyat sedang menikmatinya sekarang.

6) Tindakan mempertahankan The Edge, Sarawak Report akhbar yang memetik sumber daripada Xavier Justo orang yang sudah ditahan dipenjara Thailand juga membuktikan Chalenger ini buat kenyataan media secara melulu dan tanpa usul periksa.

7) SPRM dan Peguam Negara sudah mengesahkan tentang isu dana RM2.6 billion selepas meneliti secara forensik dokumen setinggi 1.7 meter daripada SPRM dan sumber sumber lain. Keputusan Peguam Negara adalah jelas, tiada kaitan dengan 1MDB dan tiada kesalahan jenayah.

8) Jika ada bukti baru, maka pihak pihak berkaitan perlu memberi kerjasama kepada pihak polis, SPRM dan AG untuk siasatan. Bukan menuduh tanpa asas dalam blog dan tidak menyatakan sumber seperti yang dibuat oleh WSJ

9) Soal penggantungan yang kita segani Tan Sri Muhyiddin dan keluarnya insan yang kita sayangi Tun Mahathir daripada UMNO adalah soal dalaman parti. Pihak luar dan anak muda hanyalah menilai berdasar persepsi sahaja. Realitinya, berapa ramai yang turut serta keluar UMNO bersama sama dengan Tun Mahathir? Tun Mahathir sendiri masih belum menghantar surat rasmi keluar daripada UMNO.

10) Tindakan Tun Mahathir yang mahu bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan PM adalah satu tindakan yang tidak wajar. Apakah Tun Mahathir mahu bersekutu dengan agenda Claire Brown, Editor Sarawak Report yang mahu raikan kejatuhan Najib dengan segelas arak?

11) Kami juga memperakui kepimpinan Perdana Menteri yang sehingga kini turut diiktiraf diperingkat antarabangsa. Pemimpin dari Timur Tengah, China, Eropah dan Amerika Syarikat menghormati kepimpinan Dato Sri Najib.

12) Dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat, Malaysia masih lagi mengekalkan pertumbuham ekonomi 5% dan mendapat status kewangan yang semakin baik dari Fitch Rating. Ini bermakna, dasar ekonomi Dato Sri Najib adalah tepat, hinggakan Arab Saudi sendiri meniru GST yang dilaksanakan di Malaysia.

13) Sebagai anak muda, kita harus bertindak berdasar fakta, menjunjung Prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Tidak harus menyebar persepsi, menular emosi, menyemai benci terhadap pemimpin secara buta tuli.

14) Bagi umat Islam, Al Quran dan hadis tidak mengajar umatnya untuk membuat honar bagi jatuhkan pemimpin. Ayat 59 Surah An Nisa wajib dijadikan pegangan anak muda beragama Islam.

15) Ketika dunia lain bergolak dengan konflik dan kegawatan, rakyat Malaysia masih lagi berada dalam keadaan yang sejahtera untuk meneruskan kehidupan. Mahukah kita kufur dengan nikmat aman yang Allah SWT berikan ini?

16) Cuba namakan mana negara Islam yang aman dan stabil ekonominya pada hari ini? Cuba namakan nama pemimpin Islam yang dipercayai di peringkat antarabangsa hari ini?

17) Lima tahun yang lalu, anak muda berkumpul di Tahrir Square untuk gulingkan Mubarak secara berdemo, hari ini strategis anak muda yang memulakan demonstrasi itu sendiri menyesal dengan apa yang beliau lakukan.

18) Keadaan negaranya lebih tidak stabil, berlaku siri siri demonstrasi yang tidak terkawal dan anarki berleluasa di negara tersebut. Apakah perubahan sebegitu yang anak muda mahukan?

19) Sebagai generasi kepimpinan muda, usah kita hancurkan negara pada hari ini bersandar emosi dan persepsi. Marilah kita bersatu membantu Dato Sri Najib Razak untuk memajukan negara ini.

20) Banyak lagi agenda anak muda yang masih belum selesai dan perlu diperjuangkan secara bersama. Bukan mengikut dan terjerumus dalam “grand design” WSJ dan Sarawak Report yang mahu hancurkan negara ini.

Oleh:

Abang Mohd. Hafizie bin Abang Bunsu

Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM sesi 2013/2014

Timbalan Presiden
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan sesi 2013/2014

DIDATANGI SPECIAL BRANCH

Pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau didatang pegawai polis cawangan khas berhubung kritikan terhadap Perdana Menteri Najib Abdul Razak oleh kumpulan belia Challenger.


Syed Saddiq yang juga jurucakap Challenger berkata dua pegawai cawangan khas berjumpa beliau petang ini.

"Ia bukan satu sesi soal siasat. Lebih daripada sesi 'kaunseling', menurut mereka.

"Tetapi saya ingin menegaskan bahawa ia sangat profesional. Ia hanya menyedihkan bila tahu yang saya dilihat sebagai satu ancaman kepada negara saya yang tercinta,"

Selain lawatan oleh pegawai cawangan khas, Syed Saddiq berkata beliau juga dipanggil tiga kali oleh Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berhubung kenyataan Challenger.
Share this article

6 Komen:

  1. Jangan lah hidup dalam pernafian..sebangsat bangsat mereka(mengikut takrif pemakan dedak Dan penjilat ) hakikatnya mereka ini adalah sebahagian pengundi muda yg akàn mengundi dalam Pru akan datang. Mereka ini sepatutnya menjadi fixed deposit kepada Umno tetapi disebabkan oleh manusia sekor ni semuanya hancur. Begitu juga golongan atas pagar pastinya tidak akan memihak kepada Umno BN lagi. Siapa lagi yg tingal untuk mengundi mereka sedangkan ahli akar umbi umno sendiri pun ramai yg sudah berpatah arang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. xcrewborcostegasMac 04, 2016 8:16 PG

      propaganda belaka... hahaaha... ini semua perang saikologi.... benda benda macam ni dah lama dah berlaku... tak heran pun...

      Padam
  2. Atau BB yang TERBODEK?

    BalasPadam
  3. aik admin....kenapa ?..anda 'TERSENTAP'?....

    BalasPadam
  4. Belia sekarang tak bodoh ,,hari hari mereka baca blog...mereka tahu mana nak nilai kaca dan intan..tak kat Rafizi ke.budak perasan hebat pendebat Asia tu apalah sangat..orang Melayu masih percayakan Umno bukan PKr atau Pan apalagi pas...mereka tahu Umno banyak berjasa..mereka tidak buta dan mereka tidak pekak cuma belia sekarang tahu pada pilihanraya nanti baru mereka tunjukkan senjata mereka dan Insya Allah Umno akan menang besar...

    BalasPadam
  5. Ayam bapak mandul selalunya kokok berdegar2. Tiba2 pada satu subuh dah tak dengar lagi kokok nya, rupa2nya dah dingap dik ular sawa.mbil contoh kumpulan Baju Merah hanya amabil masa 2 minggu sahaja untuk himpunkan ribuan penyokong mereka yang mana baju kuning merancang berbulan2. Ingat jangan lupa.

    Bumiputra Melayu itu bukan sahaja UMNO, PAS termasuk juga Rakyat Sabah, Sarawak, Orang Asli, Portugis dan Siam.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top