Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TERKINI : Tun Mahathir Isytihar Keluar UMNO... SekaliLagi.....


Hmmm.... seperti dijangka...... Nasiblah UMNO.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan bahawa beliau keluar daripada Umno sebagai tanda protes terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkuatkuasa serta merta.

Pengumuman itu dibuat di Pejabat Kepimpinan Perdana, Putrajaya sebentar tadi.

Dalam satu sidang media di sini hari, ahli politik veteran itu mengumumkan penarikan dirinya disebabkan rasa kecewa beliau terhadap parti itu.

Dr Mahathir memberi jaminan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan tiada hasrat untuk menubuhkan parti politik baharu.
"Ini kerana UMNO sebagai parti politik sudah tidak wujud lagi sebaliknya untuk kepentingan seorang individu saja. "Bagaimanapun, saya sahkan tidak akan menubuhkan mana-mana parti baharu atau menyertai parti lain,"

Katanya, surat rasmi mengenai tindakan keluar parti itu akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam masa terdekat.

Beliau turut mengumumkan penarikan diri isterinya, Tun Dr Siti Hasmah dari parti tertua di negara ini.

Berita lanjut akan menyusul..

Rugikah UMNO? Rugikah Melayu? Rugikah Negara? Tepuk Dada Tanyalah Iman?
Share this article

1 Komen:

  1. seorg tok guru mursyid pernah berkata mahathir akan di panjangkan umurnya utk menyaksikan kejatuhan diri dan anak2nya.. bak kata org duit haram mana ada berkat..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top