Nuffnang

BIHUN "BERKACA" : Kementerian Gantung Pengusaha Kantin!!!


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan semalam menggantung sementara khidmat pengusaha kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Nigel Gardner, Bestari Jaya untuk siasatan kes bihun goreng dicemari serpihan kaca.
Menteri Kesihatannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, siasatan awal pihaknya mendapati bihun goreng yang disediakan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) itu dimasak di rumah pembekal dan pemeriksaan ke atas dapur rumah itu mendapati tahap kebersihan dapur tidak memuaskan dan berada dalam keadaan tidak terurus.

Kementerian Kesihatan juga sudah menjalankan pemeriksaan ke atas sekolah berkenaan dan mendapati ia digunakan sebagai menghidangkan makanan saja.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan Bahagian Keselamatan dan Kawalan Kementerian Kesihatan bersama Kementerian Pendidikan,” katanya lapor Berita Harian Online.

Pada Jumaat lepas, tujuh murid sekolah terbabit dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat termakan serpihan kaca dalam bihun goreng.

Ia turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila berkongsi rasamarah ibu bapa murid berkenaan dan mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti masalah dalam prosedur kendalian makanan agar perkara sedemikian tidak berulang. (SUMBER)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top