Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KELUAR UMNO : Najib Pulang Paku Buah Keras Buat Tun


Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari UMNO tidak memberi kesan kepada parti itu, kerana ini kali kedua bekas Perdana Menteri itu berbuat demikian. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebiasaannya jika sesaorang itu keluar parti, kesannya pada kali pertama tetapi apabila dua kali, banyak orang anggap ini sebagai tidak sangat memberi impak yang boleh menggugat kedudukan UMNO.
Najib yang juga Presiden UMNO menjawab soalan media mengenai tindakan Tun Mahathir keluar dari UMNO.

Beliau kini berada di Jeddah melakukan lawatan kerja ke Arab Saudi.

Menurut Najib, UMNO tidak menolak Tun Mahathir manakala beliau bukan pemimpin yang memikirkan kedudukan.

“Tapi kita bukanlah parti yang menolak dia, dan saya bukanlah pemimpin yang memikirkan tentang kedudukan saya sahaja seperti yang didakwa kerana yang perlu kita fahami ialah saya dipilih oleh proses demokrasi yang paling terbuka dalam sejarah UMNO.

“Iaitu 160,000 perwakilan UMNO memilih saya, bukan menggunakan perlembagaan lama, perlembagaan lama dulu banyak kekangannya misalnya kalau nak bertanding jawatan presiden, 56 bahagian kena calonkan seseorang itu.

“Tapi pada pemilihan UMNO, ia paling terbuka sekali dalam sejarah, maknanya apa yang saya dapat hari ini ialah mandat daripada perwakilan UMNO yang begitu terbuka berasaskan kepada prinsip demokrasi.”, katanya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan ada lagi pemimpin UMNO akan keluar parti, Najib berkata, “Itu terserah kepada mereka tapi keutuhan UMNO ini akan kita pastikan.Maknanya pemimpin yang komited kepada UMNO dan (terus) bersama saya akan teruskan usaha untuk memperkukuhkan UMNO,”.
Kepada pertanyaan sama ada usaha memujuk Dr Mahathir akan dibuat, Najib berkata ia bukan perkara mudah.

Najib berkata beliau beriltizam untuk meneruskan mandat yang diterimanya daripada anggota UMNO.

Kepada pertanyaan seterusnya berhubung kenyataan-kenyataan Dr Mahathir yang dilihat banyak menjejaskan imej negara, beliau berkata bekas perdana menteri itu bukanlah seorang yang mudah menghentikan sesuatu yang dilakukannya.

Menurut Najib, apa yang penting sekali ialah UMNO dan kerajaan mesti dipertahankan.

“Yang kedua ialah kita mesti tunjuk apa saja yang dilakukan oleh sesiapa termasuk Tun tidak akan mengalih pandangan kita daripada agenda utama iaitu untuk terus membangunkan negara termasuk ekonomi negara kita,” katanya.

Najib seterusnya berkata dalam keadaan ekonomi yang sangat mencabar ini, kerajaan akan terus menentukan kesejahteraan rakyat tidak terabai.

“Saya harap kita akan memberi fokus kepada perkara yang kita nak perjuangkan supaya UMNO lebih kukuh dalam berdepan pelbagai cabaran terutama sekali persediaan menghadapi pilihan raya akan datang,” kata Perdana Menteri.
Share this article

3 Komen:

  1. kalau aku jd najib takda perkataan yg baik akan keluar ttp itulah kewibawaan seorg pemimpin dia blh mengawal emosinya walaupun sedang marah.. sepatutnya dia berkata seperti anwar madey pandikutty..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan sebaliknya...sekiranya najib berada di tempat Tun...mungkin Tun akan mengawal emosi seperti mana penyokong najib war2 kan..

      pangkat dan kuasa...wang......sarapan pagi sahabat sehidup semati....makan tenghari menjadi musuh sampai mati....itu lah politik...

      Padam
    2. Politik dan Berpolitik tiada had dan tak habis2 dari PRU 13. Pilihanraya sudah tidak ada makna lagi di Malaysia ini sahinggakan orang yang digelar negarawan dan rakyat terpedaya dengan politik jalanan dan deklarasi yang kononnya lebih demokrasi daripada pemilihan yang dilakukan melalui pilihanraya.

      PRU 14 juga tiada maknanya lagi bila pihak tidak puashati buat lagi deklarasi dan berbagai demonstrasi. Politik tidak habis-habis.

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top