Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

DEKLARASI RAKYAT : Ini Komen TG Haron Din


PETALING JAYA: Datuk Dr Haron Din percaya Deklarasi Rakyat dibentangkan Tun Dr Mahathir Mohamad tiada impak jika tidak dibawa ke Parlimen. Mursyidul Am PAS berkata, deklarasi itu tidak banyak beza dengan gerakan lain menuntut Perdana Menteri melepaskan jawatan yang pernah dilaksanakan.
“Kesannya tidak banyak berbeza jika kita tiada usaha ke arah melunaskan kepada demokrasi iaitu membawa anggota Parlimen yang boleh bersama bawa undi tidak percaya.

“Ia tidak ubah seperti suara yang kita dengar dalam kempen biasa yang mengajak masyarakat menolak kepemimpinan Najib, sekali gus menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) daripada berkuasa,” ujarnya ketika dihubungi.

Jelas beliau, suara menolak Najib sebagai Perdana Menteri bukanlah perkara baharu, malah percaya isu itu lama kelamaan akan dilupakan.

“Ia akan habis di tengah jalan dengan berlalunya masa. Suara menolak seperti itu bukan benda baharu, selalu kita dengar, tetapi Najib masih di tempatnya.

“Ini satu lagi suara yang mendesak tetapi tidak juga akan sampai ke mana, melainkan menambah desakan yang selalunya berlaku dalam mana-mana sistem demokrasi,” katanya.

Sementara itu, Haron menggesa Najib membuat keputusan berhubung desakan terbaharu itu memandangkan kini banyak desakan mahu beliau meletakkan jawatan.

“Kalau dilihat permasalahan besar dihadapi, terlalu banyak masalah membebani Perdana Menteri, termasuk kredibiliti kerajaan seolah-olah tergugat dan Najib diasak .

“Kita hanya mengharapkan Najib mempertimbangkan dan terpulang kepadanya untuk menyahut dengan mengundur diri. Semakin banyak mendesak, mungkin membawa Najib untuk fikir sendiri dan berundurlah,” katanya. - SUMBER
Share this article

3 Komen:

  1. Buat apa nak berundur....Pm najib masih banyak agenda nya untuk rakyat belum dilaksanakan sedangkan dia sudah berjanji...pemimpin yang mulia ialah pemimpin yang sebaiknya dapat menunaikan janji yang telah di lafazkan...oh patutlah Pas ni...tak pernah menang besar malah dikencingkan oleh PKr !DAp dan Pan...bila berjanji tak perlu tunaikan janji kosong je...itukan ciri ciri orang munafik...tak kan haron Din nak suruh Pm Najib jadi munafik macam kebanyakan pemimpin...antaranya Aasmin....Wan jijah...Nurul izzah.dan banyak lagi...commonlah...kalau Pm Najib berundur...nampak sangat beliau salah....biarlah Allah je yang menentukan...

    BalasPadam
  2. Mungkin juga Allah aw menghendaki supaya najib diberi peringatan dgn segala mcm kebobrokan kuasa yg telah dilakukan. Mungkin juga jika najib berdegil, nyawanya pendek seperti almarhum ayahnya juga, atau eksiden dgn lumpuh yg berpanjangan. Najib sendiri dah berbelit2 lidah mempertahankan dirinya dari derma Rm2.6b, 1mdb, SRC international, IPIC and Aabar, tak mungkin dia belum jatuh munafik lg...

    BalasPadam
  3. Wah..hebat....kamu..cuba meramalkan yang buruk buruk pada Pm Najib...jangan sibuk dengan hal Pm Najib ..ingat nyawa kita sendiri pun kita tak tahu...cuba beri contoh kebobrokan apa yang Pm Najib buat jangan cerita je suruh beri bukti ...satu apa pun tak ada takat nak cerita Rosmah shopping sakan,,hai.Pm najib tu kalangan bangsawan..apa nak heran..kalau cerita kemewahan wedding anak Pm ...dah dijawab..,so kalau ada bukti baru berilah pada polis ke atau buat persidangan akhbar mcm cehgu bard ..,ok..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top