Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SINGKIR NAJIB : Peluru Terakhir Mahathir, Persetujuan Bersama Pembangkang Tercapai?

Dr Mahathir mengambil langkah tepat apabila beliau keluar daripada UMNO, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau menyifatkan langkah itu sebagai pilihan terbaik bagi Dr Mahathir ‘memandangkan hubungan beliau dengan UMNO atau pemimpinnya sudah tidak boleh dipertahankan lagi’.
Melalui catatan terbaru dalam laman blognya hari ini, Salleh berkata “Tindakan Dr Mahathir memudaratkan parti dan adalah kelihatan tidak logik sekiranya beliau terus berada dalam parti, dan pada waktu yang sama, menentang parti.

“Sekiranya Dr Mahathir ingin terus menyerang UMNO, maka beliau perlu berbuat demikian di luar UMNO. Itu merupakan perbuatan mulia dan beretika untuk dilakukan.”

Salleh berkata ini kali ketiga Dr Mahathir meninggalkan UMNO.

Kali pertama ialah apabila beliau dipecat presiden parti ketika itu Tunku Abdul Rahman. Beliau keluar daripada UMNO pada 2008 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui parti itu.

Salleh berkata beliau sedih dengan episod kali ini, bukan kerana Dr Mahathir sekali lagi meninggalkan UMNO, tetapi kerana keadaan pengundurannya.

Tiada siapa boleh menafikan Dr Mahathir banyak berjasa kepada negara sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, “walaupun tempoh beliau menyandang jawatan itu, tidaklah bebas sepenuhnya daripada kecacatan.”

“Tetapi, peristiwa yang berlaku pada tahun lepas serta pengundurannya hari ini akan lebih diingati daripada kebaikan yang telah beliau lakukan.

“Saya ingin melihat sisi baik dan buruknya secara saksama dan ingin mengingatkan orang ramai bahawa walaupun ini merupakan sesuatu yang menyedihkan dalam sejarah parti, terdapat juga perkara yang baik dan kita perlu menerima gandingan kedua-duanya.

Salleh berkata, beliau sedar “Perkara itu tidak akan berakhir di sini dan kita akan terus mendengar daripada Dr Mahathir”.

“Saya hanya berharap agar kita dapat menjaga maruah dan tertib serta tidak membawa negara terjerumus ke dalam politik longkang.

“Dan, dengan penuh keikhlasan, saya mengharapkan yang terbaik bagi Dr Mahathir pada masa akan datang,” katanya. (SUMBER)

Bagi Mahathir UMNO Perlu Digulingkan

Umno perlu digulingkan daripada kuasa jika terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Parti itu perlu digulingkan.

“Tetapi pembangkang tidak mempunyai majoriti,” kata Mahathir ketika ditanya sama ada Umno perlu disingkirkan.


Antara ungkapan songsang bekas Perdana Menteri yang paling lama berkuasa di Malaysia dengan cara kekang siapa sahaja yang melawan cakapnya. Ungkapan sebegini adalh biasa bagi Mahathir dan ianya mempunyai maksud yang amat mudah untuk difahami, Mahathir ingin mengajak semua rakyat Malaysia agar menyerahkan kuasa pentadbiran kepada DAP, PKR, PAS danPAN. Dengan kata lain, kuburkan UMNO.

Mahathir juga menolak sebarang harapan mengenai usul undi tidak percaya terhadap Najib kerana katanya, ahli parlimen Umno tidak mempunyai keberanian untuk berbuat demikian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Putrajaya semalam ketika mengumumkan bahawa dirinya akan keluar Umno.

Sebelum majlis itu, Mahathir berjumpa dengan beberapa pemimpin pembangkang termasuk, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli, dan Hanipa Maidin dari AMANAH dan naib presiden PKR Tian Chua.

Beliau berkata mereka berbincang dan bersetuju bahawa Najib perlu disingkirkan.

Ditanya apa langkah seterusnya, Mahathir mencadangkan sebuah gerakan utama bersama parti pembangkang untuk menyelaraskan usaha memerangi Najib.

“Ia belum lagi ditubuhkan. Saya berharap sebuah gerakan utama dapat menunjukkan komitmen mereka dengan menandatangani deklarasi bersama.

“Kita bersetuju untuk satu perkara, iaitu menyingkirkan Najib,” katanya.

Namun, menurut Mahathir, dirinya tidak akan mengetuai kumpulan teras itu.

“Saya akan jadi seorang daripada (ahli) mereka bukannya ketua,” kata Mahathir.

Mahathir hari ini mengumumkan keluar Umno atas alasan parti itu sudah lari daripada landasan perjuangan sebenar.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top