Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

MATI DENGAN AMAN : Karma Mahathir Dah Sempurna?


Suatu ketika dahulu gerakan menukar kepimpinan UMNO tidak membabitkan pakatan dengan pembangkang kerana ia dibantah oleh penyokong- ponyokong Tun Mahathir sendiri. Sungguhpun Tun M keluar parti dan ada pemimpin pembangkang datang program yang dianjurkan, tidak pernah wujud pakatan dengan pihak lawan.
Hari ini generasi baharu penyokong Tun Mahathir sudah tidak peduli semua itu. Roh dan jiwa parti sudah dijual demi kuasa dan ego!

Namun melihat dari sudut positif, ia merupakan titik penting bangsa Melayu dan agama Islam.

Setelah hampir 18 tahun negara dipisahkan oleh politik kebencian antara kabilah Mahathir Mohamad dan kabilah Anwar Ibrahim, hari ini Mahathir dan Azmin menutup satu sejarah panjang pertelingkahan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini. [Mahathir sampaikan salam kepada Anwar Ibrahim]

Hari ini, Mahathir dan proksi Anwar Ibrahim, Azmin Ali, bersama-sama menandatangani persefahaman untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak.

Tidak pernah sesiapa sangka Mahathir akhirnya terpaksa melutut kepada seteru politik nombor satunya untuk mencapai satu cita-cita politik terakhirnya.

Ini satu sejarah besar bahawa di sebalik pelbagai serangan dan hentaman Mahathir ke atas Anwar, Anwar tetap berdiri gagah dalam politik negara. Dan biar pun berada di sebalik tirai besi, akhirnya Anwar masih mampu menundukkan Mahathir.

Mungkin ini ini satu hikmah terbesar kepada perpaduan Melayu dan Islam. Akhirnya, orang Melayu yang saling membenci kerana Mahathir menyingkirkan Anwar Ibrahim boleh “disatukan” kembali.

Mohd Najib mungkin faktor negatif dalam perpaduan ini, namun ia masih merupakan alat penyatuan Melayu kerana tanpa persamaan untuk menjatuhkan Mohd Najib hampir mustahil Mahathir akan tunduk kepada Anwar Ibrahim.

Persefahaman ini yang menandakan berakhirnya perseteruan politik yang penuh kebencian antara Kabilah Mahathir dan Kabilah Anwar Ibrahim.

Justeru Mohd Najib bukan sahaja agen perdamaian Bangsa Moro dan Wilayah Pattani tetapi juga berjaya menyatukan dua kabilah Melayu, Mahathir – Anwar, dari terus bergaduh dan membenci kerana kuasa.

Kita juga bersyukur, di akhir usia 90-an, Mahathir akhirnya sudah boleh pergi dengan aman suatu ketika nanti tanpa meninggalkan lagi legasi politik kebencian melampau antara kedua-dua Kabilah ini.- MyKMU

Hilang Hormat

Majoriti rakyat Malaysia yang hidup kini pernah merasai kepimpinan Tun. Kita kagum, kita hormat dan kita menjadikan idola kebanggaan kita.

Namun hari ini, segala-galanya lebur dan hilang.
Tun langgar prinsipnya sendiri,
Hari Ini Mahathir Buktikan Diri Sebagai Manusia Yang Paling Hina dalam Sejarah Malaysia!
Sanggup Duduk Semeja Dengan :
  • Ambiga Yang persoal Perlembagaan Negara
  • Lim Kit Siang Yang Persoal Hak Melayu & Raja2 Melayu
  • PKR Yang Terima Dana Dari Soros Untuk Huruharakan Negara
  • DAP Parti Yang Benci & Tolak Hak Bumiputera

Maaf Tun, Tiada Lagi Hormatku Buatmu....
Share this article

1 Komen:

  1. Ya maaf Tun..,saya pun dah tak hormat dan kagum dgn Tun lagi...dulu bila puak Aanwar bercerita keburukan Tun..saya tak nak dengar tak nak percaya langsung tapi setelah Tun tunjuk belang Tun yang sanggup bersengkongkol dengan Dap sikit demi sedikit saya mula percaya kata Anwar so Selamat tinggal Tun...saya tetap sokong Umno dan kepimpinan terkini iaitu Pm Najib

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top