Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

APA CITER? Seorang MP Pembangkang Bakal Hilang Jawatan?


Hmmm.... Nasib kaulah labu. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anggota Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya menyertai perhimpunan 'Blackout 505' di perkarangan sebuah masjid, di Universiti Malaya pada 2013.

Hakim Datuk Azman Abdullah ketika menyampaikan keputusan itu berkata dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) telah ditetapkan larangan mengadakan perhimpunan di tempat ibadat dalam jarak 50 meter sama ada ia diadakan secara aman atau tanpa senjata.

Beliau berkata larangan itu adalah mengikut Perlembagaan yang menetapkan bahawa tempat ibadat perlu dijaga kesuciannya.

"Sekiranya kawasan ibadat dibenarkan untuk adakan perhimpunan, apa akan jadi jika yang datang itu tidak berpakaian menutup aurat mengikut ikutan agama masing-masing.

"Sama ada kita beragama A atau B atau C, atau kita bangsa A atau B atau C, atau kita berfahaman politik A atau B atau C, kita mempunyai anutan dan amalan yang berbeza namun kita perlu sensitif berhubung tempat ibadat masing-masing," katanya.

Sementara itu, peguam Yusmadi Yusoff yang mewakili Shamsul Iskandar memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Pada 31 Mac 2014, Shamsul Iskandar memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan dihadapinya menerusi Tetuan Fahda Nur and Yusmadi.

Dalam permohonannya, beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah cacat, defektif dan tidak menepati kehendak-kehendak tempat larangan, selain ia adalah satu penyalahgunaan proses dan mempersenda keadilan.

Beliau mendakwa pertuduhan itu lebih cenderung bermotif politik, perbuatan pendakwaan terpilih, dilakukan dengan niat jahat dan menjejas kedaulatan undang-undang.

Shamsul Iskandar memohon pertuduhan di bawah Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan 2012 terhadapnya digantung dan/atau diketepikan dan dibatalkan.

Pada 5 Ogos 2013, Shamsul Iskandar yang ketika itu Ketua Angkatan Muda Keadilan; timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 36; dan naib ketua, Mohd Nazree Mohd Yunus, 29; mengaku tidak bersalah menyertai perhimpunan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya di sini antara 12 tengah hari dan 1.15 tengah hari pada 22 Jun.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam.- Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top