Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

DAKWA NAJIB : PPO SPRM Nafi Dakwaan Malaysian Insider


Panel Penilaian Operasi (PPO) yang menasihati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan mempunyai bukti mencukupi untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dilaporkan portal berita The Malaysian Insider hari ini.

Pengerusinya Tan Sri Hamid Bugo menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dirinya dalam laporan tersebut yang memetik sumber tanpa nama sebagai pemberi maklumat.

"Kami ingin menyatakan bahawa tidak ada sumber tanpa nama diberi kuasa untuk bercakap bagi diri dan bagi pihak Panel di bawah apa-apa keadaan.

"Dalam apa jua keadaan, kami dengan ini secara nyata memisahkan diri kami dari semua kenyataan seperti itu yang dikaitkan dengan sumber tanpa nama," katanya dalam satu kenyataan di sini .

Hamid berkata, Panel langsung tidak pernah mengatakan bahawa ia mempunyai 'bukti mencukupi untuk mendakwa Najib berkaitan SRC' seperti yang didakwa oleh tajuk artikel tersebut.

Panel juga tidak membuat kesimpulan bahawa penyiasat SPRM telah mengumpul bukti yang cukup untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Panel menasihatkan SPRM untuk melengkapkan siasatan.

Hamid juga merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM semalam yang menyatakan 'SPRM telah diminta oleh Panel untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai isu-isu ini'.

"Kami tidak membuat sebarang permintaan itu daripada SPRM," katanya. "Bagaimanapun, ia terpulang kepada SPRM jika mahu mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya. 

Panel PPO diketuai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo dengan ahli lain panel seperti Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M Pathmanathan dan Lim Chee Wee.

Manakala PPPR pula adalah salah satu daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

SKMM Sekat TMI

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Khamis telah menyekat laman portal berita The Malaysian Insider (TMI) berikutan portal berkenaan telah melanggar undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook milik suruhanjaya tersebut, TMI telah mengeluarkan kandungan-kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233 : Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain di bawah akta tersebut.

Ia berkaitan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain.

“Sekatan tersebut juga dilakukan oleh SKMM berdasarkan aduan-aduan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.

“Sehubungan itu, SKMM memperingatkan portal-portal berita agar tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang tidak ditentukan kesahihannya,” menurut kenyataan SKMM hari ini.

Menurut kenyataan tersebut, tindakan sedemikian oleh TMI boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini kepada masyarakat.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyebut artikel yang dipertikaikan itu.

Jika sabit kesalahan di bawah seksyen ini individu tersebut boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pesalah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Lewat petang tadi SKMM telah menyekat portal berita TMI atas alasan melanggar undang-undang negara.

Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia sehingga penjelasan oleh MCMC dibuat di laman Facebooknya petang tadi.

Untuk rekod sebelum ini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari pada 12 Februari lalu mengingatkan semua portal berita dan laman web bahawa mereka tidak terlepas daripada kawalan undang-undang, termasuk komen dan kenyataan pembaca.

Jailani berkata, sesebuah portal tetap perlu bertanggungjawab atas penyebaran bahan berunsur fitnah dan mencetuskan perbalahan.
Share this article

1 Komen:

  1. Bagus..,Salleh Kruak dah buat kerja yang bagus dan tepat...sbb TMI ni memang suka buat cerita fitnah,,,tinggal lagi Rafizi ni..,bila lah si sotong ni nak dihadapkan ke mahkamah kes Bafia ..pejabat peguam negara jangan buat lupa pulak..dulu ghani patail bolehlah lengah lengahkan kes.,,tapi peguam negara yang baru ni tegas sikit dengan si sotong rafizi

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top