MENGHASUT : Polis Rakam Percakapan Tun Mahathir
“Kita merakam percakapan beliau berkenaan dengan apa beliau (Tun Mahathir) tulis dalam blognya berikutan menerima beberapa laporan sebelum ini. Polis perlu jalankan siasatan. Kita akan merakamkan percakapan hari ini, yang telah diaturkan di satu tempat. Hari ini, bukan di Bukit Aman,” - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam percakapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini susulan kenyataan yang dikeluarkan di blognya.
Tan Sri Khalid berkata, pihaknya hanya menjalankan tugas kerana telah menerima beberapa laporan polis berhubung artikel yang disiarkan di blog bekas Perdana Menteri itu.
Khalid ketika ditanya lokasi sesi rakaman tersebut, Khalid berkata: "Saya rasa sedang berlangsung sekarang."
Ketika ditanya sama ada sesi rakaman percakapan itu berlangsung di pejabat Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, Khalid berkata: "Mungkin. Saya rasa ya."
Tun Mahathir dalam tulisannya di blog http://chedet.cc siarkan pada 5 Februari lalu, mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pada 15 Februari lalu, Khalid mengesahkan bahawa beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Mahathir berhubung catatan di blog bekas perdana menteri itu.
Khalid sebelum ini telah menggesa mereka yang tidak puas hati dengan catatan di blog Dr Mahathir itu supaya membuat laporan polis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, yang mendakwa bahawa catatan Dr Mahathir di blognya pada 3 Februari lalu sebagai menghasut.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



hadiah abel 2025 disandang oleh kashiwara

penjaja belon bertindak agresif tolak anggota peng...

gempa myanmar 694 maut 1 670 cedera 68 hilang

hiburan dah set dah berapa fattah amin sediakan du...

nak bantu pun sanusi marah akai tak dak

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Tun Musa Hitam kata, Tunlah orangnya yg akan menggagalkan wawasan 2020 yg dia sendiri ilhamkan.
BalasPadam..tun is one card short of a full deck and lately been knitting with only one needle.. hmm tun is slightly going mad..
BalasPadamorg yg zalim umurnya mmg panjang..
BalasPadam