Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KONTRAK BALAK : SPRM Tak Nak Siasat Azmin?


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menganggap dakwaan dibuat Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin sebagai fitnah semata-mata.

Badrul Hisham mendakwa memiliki dokumen sulit kononnya membuktikan kerajaan negeri menganugerahkan kontrak pembalakan tanpa melalui proses tender terbuka.

“Benda macam ini you nak layan, fokus soal rakyat pembangunan bukannya fitnah dan tohmahan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina PKR di Bukit Lanjan di Bandar Seri Damansara hari ini.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sidang akhbar diadakan Badrul Hisham - yang lebih dikenali sebagai Chegubard - di Seremban hari ini.

Dalam satu kenyataan, Chegubard mendakwa dia telah melalui semua saluran dalaman PKR bagi membangkitkan isu-isu terhadap Azmin tetapi tiada tindakan diambil.

"Saya sedar risiko yang saya ambil kerana mendedahkan dokumen diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Tetapi kita telah diajar di bawah gerakan reformasi, jika kita melihat sebarang kelemahan, ia adalah tanggungjawab kita untuk mendedahkan dan menentangnya. Ia adalah pemahaman saya dalam perjuangan ini, perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata," katanya.

Bekas ahli jawatankuasa tertinggi PKR itu juga menegaskan Azmin telah "berbohong" dalam kenyataan terdahulunya apabila mendakwa kontrak berkenaan diberi melalui tender terbuka.

Sementara itu Azmin yang bercakap kepada kira-kira 500 tetamu yang hadir turut berjanji untuk mengekalkan status Selangor sebagai negeri paling maju dan penyumbang terbesar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Sementara itu, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata bahawa kepelbagaian tetamu yang hadir pada majlis itu ialah salah satu aset yang paling besar buat Selangor.

Beliau turut memuji penganjur yang telah menyediakan kemudahan bagi tetamu yang menggunakan kerusi roda dan tongkat.

Wahai Azmin..... kalau betullah benar seperti apa yang dikata, pergilah bantu warga Selangor khususnya di kalangan anak muda untuk sediakan peluang pekerjaan, pendidikan dan keupayaan memiliki rumah.

Selain itu, perbaiki atau naik taraf infrastruktur di negeri seperti jalanraya, lampu-lampu jalan di kawasan luar bandar, bekalan air yang tanpa gangguan dan pungutan sampah yang teratur dan terkawal.

Jangan semata-mata kumpul duit untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Selangorlah negeri terkaya dan termaju sedangkan kebajikan rakyat di negeri sendiri terabai.

Apa kata Selangor merintis jalan sebagai negeri zero pekerja asing dengan matlamat menjadikan negeri itu sebagai negeri pertama Zero Penganggur. Laksanakan gaji minimum yang tinggi khusus buat rakyat negeri yang bekerja di Selangor.

Amacam Azmin? Berani berubah?
Share this article

1 Komen:

  1. dia hanya berani beraiskrim dalam jamban...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top