Nuffnang

PESANAN BUAT TSMY - Azalina


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan bahawa kesetiaan kepada pucuk pimpinan adalah perkara pokok yang menjadi amalan dalam mana-mana parti politik di seluruh dunia. Sekali gus, setiap pemimpin parti perlu patuh kepada peraturan dan dasar-dasar parti lantaran perkara itu menjadi tunjang kepada kekuatan sesebuah parti.
Ingatan itu diberikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyatakan kekecewaan kerana Muhyiddin sekali lagi secara terbuka mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, Muhyiddin sebagai orang nombor dua dalam parti seharusnya memainkan peranan sebaik mungkin bagi melicinkan kerja-kerja Presiden UMNO.

“Saya amat kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perbezaan pendapat atau pandangan perlulah melalui saluran yang betul agar tidak berlaku perpecahan dalam UMNO.

“Tindakan beliau itu juga memberi contoh tidak baik kepada kepimpinan di peringkat akar umbi. Sekiranya beliau benar-benar sudah tidak sehaluan dengan apa yang diamalkan UMNO selama ini beliau boleh berundur diri atau mungkin juga boleh menawar diri untuk jawatan Presiden dalam pemilihan parti akan datang,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, Muhyiddin perlu ingat yang beliau masih lagi Ahli Parlimen Pagoh yang dimenangi atas tiket BN dan jentera BN yang banyak membantu beliau selama hari ini.

Sehubungan itu, beliau diingatkan agar mengingati jasa parti terhadap beliau dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh terus melemahkan parti dan membawa kepada perpecahan.
Share this article

4 Komen:

  1. Setuju dengan peringatan Azalina. Kalau TSMY terus lupa diri, jangan marah kalau kena pecat lagi.

    BalasPadam
  2. Assalam Bro,Aku rasa UMNO sepatutnya menjalankan mesyuarat agung pemilihan pada tahun hadapan.Ini bagi menentukan nasib TSMY di dalam UMNO.....

    BalasPadam
  3. Tengok diri sendiri dulu pengkid.

    BalasPadam
  4. PESANAN buat Pemimpin Umno SEKARANG

    pemimpin sekarang secara terang terangan tiada MARUAH DIRI.

    Yang benar di hentam kiri dan kanan tanpa diberi peluang PEMBELAAN...yang TIDAK AMANAH diagong agongkan seperti iannya maksum....dulu kata parti lain mengagong agongkan pemimipin mereka...walhal..sendiri pun sama ...2 x 5...5 x2....
    kalau rasa nak melingkup PRU akan datang, terus lah dengan kelaku YAHUDI

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top