Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

ISU PEKERJA ASING : Mereka Pula Yang "Kepanasan?"


Berminggu lalu, isu pengambilan pekerja asing menjadi topik perbualan hangat di kalangan netizen di media sosial. Masing-masing mengemukakan hujah yang perlu kita fikirkan bersama atas rasa kebertanggungjawaban kita kepada negara.
Timbalan Perdana Menteri, mengambil keputusan yang drastik, akur kepada tekanan yang diterimanya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, bahawa jumlah tenaga kerja yang diperlukan adalah berdasarkan permintaan dan keperluan dari sektor-sektor tertentu. Siapa yang membuat permintaan? Majikan.

Keputusan untuk membekukan kemasukan tenaga kerja asing ini akhirnya mendapat tindakbalas dari Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM), Gabungan Dewan Perniagaan & Industri Cina (ACCCIM) dan Federasi Majikan Malaysia (MEF) yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka akibat dari keputusan tersebut. Alasannya, mereka perlu untuk mendapatkan tenaga kerja baru terutamanya untuk menggantikan pekerja-pekerja asing yang telah tamat tempoh.

Bukan menafikan keperluan industri seperti yang disuarakan, namun penulis tertanya-tanya di mana mereka sewaktu kerajaan dikritik hebat oleh netizen, sedangkan hakikatnya merekalah yang memerlukan tenaga kerja tersebut lantas memberikan fakta dan angka bagi mendapatkan kebenaran kerajaan agar membuat keputusan tentang tenaga kerja yang diperlukan.

Sedang kerajaan menerima kritikan berhubung perkara tersebut, mengapa mereka mengambil sikap berdiam diri?

Maaf, mengikut pengamatan sepanjang isu tersebut menjadi bualan hangat, penulis tidak nampak sebarang usaha dari mereka untuk turut membantu kerajaan dalam menjelaskan isu ini.

Dalam situasi kerajaan mendahulukan kepentingan para majikan pun, mereka dilihat tidak mengambil inisiatif yang proaktif untuk meredakan kebimbangan awam.

Eloklah kerajaan tetap dengan keputusan terkini. Selepas ini, perketatkan undang-undang serta prosedur membawa masuk pekerja asing, di samping mencari idea atau inisiatif terbaru bagi membolehkan tenaga tempatan dioptimakan bagi mengisi kekosongan yang diperlukan. - SUMBER

Setuju dan sokong sepenuhnya artikel ini. kenapa baru nak "mengeliyang" kepanasan? Gunakanlah sepenuhnya tenaga kerja dari rakyat tempatan yang menganggur. Jadilah "patriotik", naikkan kadar gaji dan bersama-sama "rakyat" menjadikan Malaysia bebas pekerja asing..... Amacam? kalau gaji "cleaner" RM7-RM 8 Ribu, pasti beratur orang nak kerja punya.... Kalau gaji pemotong tandan kelapa sawit RM10 ribu, confirm majikan tak pening kepala..... 
Share this article

1 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top