Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KRISIS AZMIN VS GUAN ENG : Rafizi Cuba Jadi Hero?


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dinasihatkan bertemu dan berbincang bagi menyelesaikan masalah yang wujud daripada bertelagah secara terbuka, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
"Apa saja perbezaan yang wujud antara mereka, kita perlu memikirkan sensitiviti orang ramai yang kecewa (dengan pertelingkahan ini).

"Saya fikir, lebih baik kita selesaikan secara tertutup dan saya percaya Guan Eng akan memberikan kami peluang untuk berbincang secara peribadi," katanya dalam sidang media pada Selasa.


Rafizi memberitahu, PKR akan menghantar surat rasmi kepada pejabat Guan Eng berikutan keputusannya untuk memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Minggu lalu, Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan Adun Kebun Bunga Cheah Kah Peng telah dikeluarkan sebagai pengarah daripada dua GLC Pulau Pinang selepas mereka bertindak berkecuali daripada mengundi usul penambakan tanah yang dibawa oleh Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dituntut berlaku jujur dalam semua perkara yang melibatkan pentadbiran Pakatan Harapan.

Malah, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie juga mahu Lim berhenti daripada memutarbelitkan keadaan sekali gus mengalih isu sebenar.

“Apa yang disebutkan oleh (Menteri Besar Selangor) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah mewakili parti. Lim janganlah tak faham dan sengaja membelitkan keadaan serta mengalih isu sebenar.

“Lim selalu sangat memberikan persepsi terbalik atas sesuatu isu dan untuk kali ini beliau dituntut berlaku jujur atas semangat Pakatan Harapan,” kata ADUN Seri Muda itu kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau merujuk rasa tidak senang Lim – yang juga adalah Setiausaha Agung DAP – lalu membidas Azmin kerana “campur tangan” dalam pentadbirannya ekoran pengguguran dua ADUN daripada PKR di Pulau Pinang.

Menurut Lim, beliau menggugurkan ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng kerana tidak lagi boleh mempercayai mereka.

November lalu, Ong dan Cheah adalah antara lima wakil rakyat PKR Pulau Pinang mengambil sikap berkecuali pada sesi undian terhadap rancangan kerajaan negeri melaksanakan projek tebus guna tanah pinggir laut di negeri berkenaan.

Lim menuduh mereka “menikam belakang” selepas berjanji tidak akan menentang usul yang dibentangkan itu.

Kedua-dua mereka diketepikan daripada jawatan pengarah dua syarikat berkaitan kerajaan. Ong ditamatkan perkhidmatannya di Penang Invest and Island Golf Properties Bhd, manakala Cheah digugurkan daripada Perbadanan Bukit Bendera.

Mengulas lanjut, Shuhaimi menegaskan tindakan Azmin dibuat mengikut keputusan parti dan bukan atas kapasitinya sebagai Menteri Besar Selangor.

“Azmin menyebut (pendirian dibuat adalah) keputusan parti, bukan keputusan beliau selaku menteri besar. Tiada kena mengena dengan kedudukan selaku Menteri Besar Selangor dan kenyataan beliau adalah atas kapasiti Timbalan Presiden PKR yang menyuarakan secara terus terang pendirian parti,” kata Shuhaimi.

Pada masa sama, menurutnya perbezaan pandangan dalam Pakatan Harapan wajar dilihat sebagai kematangan berpolitik dan bukan kelemahan gabungan secara keseluruhan.

“Setiap parti (perlu) berlapang dada dan berusaha mengurangkan perbezaan pandangan supaya Pakatan Harapan kekal mantap disokong rakyat,” tambah Shuhaimi. – Mkini
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top