Nuffnang

SURAU "TERSOROK" : Mufti "Kontoversi" Dikecam Netizen!!!


Mufti paling kontroversi, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi bahan kritikan selepas memuat naik gambar dan status di laman sosial Facebook berkenaan isu surau di lapangan terbang.

Mufti Perlis itu seolah-olah mahu mengatakan surau di lapangan terbang di negara ini tersorok berbanding di lapangan terbang di Bangkok, Thailand.
“Tempat solat di Airport Bangkok ‘lebih nampak’ dibandingkan airport kita,” tulisnya di status dan menaikan sekeping gambar di Facebook pada Sabtu lalu.

Beberapa pemilik akaun Facebook yang dikatakan pro-Barisan Nasional (BN) dan popular dalam kalangan pengguna laman sosial menggunakan status itu untuk ‘menyerang’ Asri.

“Siapa2 tolong la refer dia kat doktor mata. Kesian…muda2 dah ada cataract,” komen Abdul Rahman Abdul Kader.

Aznil Hisham pula menulis, apa yg kita dapat belajar daripada posting itu ialah pertama, menunjukkan betapa rakyat Malaysia kufur nikmat dan kedua, menunjukkan rakyat Malaysia malas berusaha, malas bertanya dan malas segalanya.

Ketiga, tulisnya, posting itu menunjukkan rakyat Malaysia mahu semua tersedia depan mata, surau kalau boleh depan mata, kerja kalau boleh depan mata, makanan kalau boleh depan mata., semua nak senang dan semua nak subsidi.

“Kesimpulannya, kalau ilmuan agama begini tahap mentalitinya, tahulah kita rakyatnya bagaimana,” tulis Aznil.

“Mufti hipokrit ini saya tak hairan dah. Fitnah dan gosip sudah jadi tabiat hariannya. Tapi ada hampir 35 ribu likers pada status macam ini sangat mengkagumkan. Ini yang dipanggil taklid dan taksub buta.

“Tapi apa hendak hairan group Guru Ganja saja ada hampir 30 ribu likers,” tulis Ab Jalil Backer.

Status Asri itu turut mendapat maklum balas kakitangan Malaysia Airport yang memaklumkan keadaan sebenar.

"Salam ustaz..surau di klia…terletak di anjung tinjau tuan…sbab perpindahan nye…kami menyediakan surau yg lebih besar dan luas..serta selesa..ustaz leh menghala.ke anjung tinjau…surau di sebelah pej pos..kecik..dh xleh nak memuatkan ramai jemaah. signange pun kami letak bermula dari kedai cafe barbera…kalau ustaz..tuan dan puan ade pertanyaan ttg surau di klia..leh email ye….zulfahimi@malaysiaairports.com.my…cadangan dan pandangan ustaz serta tuan2 puan..amat sy hargai…” tulis Zul Mimi di ruangan komen.
Share this article

5 Komen:

  1. Untuk hal ini, aku sokong Ust Maza. Memang kalau di klia satelite building susah nak nampak petunjuk arah ke surau. Aku terpaksa tanya cina/melayu di kaunter CIMB bank dekat eskalator, tanya bhg pertanyaan, tanya makcik yg jaga kaunter bis lounge. jalan-jalan punya jalan sampailah kehujung melepasi lounge bisnes & kelas 1, baru jumpa surau yang kecil. Tapi dekat bangunan cek in sebelum masuk imigresen, memang boleh nampak petunjuk ke surau jelas.
    Kalau di Jakarta senang sebab satu lorong terus ke lounge bisness kelas, nampak surau dihujung berdekatan lounge-lounge tetapi besar dan selesa. Selalu solat jemaah ramai-ramai waktu magrib sebelum berlepas. Kalau di Dubai pun surau agak tersorok juga. Kalau aku kat airport di australia, aku solat di mana-mana aku rasa selesa di penjuru-penjuru kosong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ..fyi dlm business class lounge pun ada surau..

      Padam
    2. Entahla kalau bis lounge ada surau. Setau aku la kan, tak pernah jumpa lounge yg ada surau dlm nya, yg ada bilik mandi/tandas. Bis lounge ni hidang minuman keras pun ada, rasa tak selesa nak solat kat situ itu pun kalau pun ada surau dlm nya. Lebih selesa solat di surau di luar lounge. Atau di penjuru lapang mana-mana kawsan airpot. Sbb itu penanda surau di airport klia mesti di letakkan dengan jelas, di jaga rapi dan bersih, dan mesti ada cleaner disitu 24 jam mengemas, cth nya macam di jakarta airport besar dan bersih terutama di bhg berlepas. Dah jelas malaysia itu agama rasmi nya Islam dibanding thailand. waallahualm

      Padam
  2. Kite fahamlah dia ni ustaz selebriti..apasalahnya gunakan kuasa anda dgn membuat cadangan terus kepada pihak pangurusan.Saudara ustaz didalam berbuat abadah dn mencari keredaan Nya kekadang tidak perlulah saudara ustaz berkongsi hal sebegini jika ianya boleh menimbulkan pertentangan pendapat.Ingat saudara ustaz Allah itu sesungguhnya maha mengentahui walaupun sekelumit rasa riak dihati kita.

    BalasPadam
  3. Lain kali kalau nak selesa beli tiket Busines Class....so boleh duduk boleh mandi boleh tidur boleh makan boleh solat ....awak kan bertaraf Mufti takkan naik ekonomi je..,lainlah macm kita orang ni gaji tak sberapa janji solat..tak tahu rajin bertanya ..mana surau..KLIA tu luas ..tak kiralah aras kat mana level mana ...yang penting solat

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top