Nuffnang

PANASSS : Adakah Muhyiddin Akan Berdiam Diri Dengan UMNO?


HISHAMMUDDIN mempengerusikan sementara mesyuarat MT UMNO yang membincangkan penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai timbalan presiden parti, berkuat kuasa serta-merta.

Mengumumkan perkara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata keputusan itu diambil selepas mesyuarat lebih dua jam yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun katanya, jawatan lain Muhyiddin dalam parti masih kekal.

"Keputusan itu diambil selepas MT berpuas hati Muhyiddin gagal menjalankan tugasnya sebagai timbalan presiden mengikut fasal 9.8.1 Perlembagaan parti," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di Menara Dato Onn di sini, sebentar tadi.

Tengku Adnan berkata, MT membuat keputusan itu tanpa kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Muhyiddin tidak menghadiri mesyuarat MT UMNO hari ini walaupun mendapat jemputan. 
Share this article

1 Komen:

  1. Ku Nan tak payahlah tekankan tentang tidak kehadiran Najib dan Zahid dalam membuat keputusan memecat Muhyiddin, semua orang dah faham dengan permainan kau orang tu. tak payah nak coverline okay......just wait for PRU 14.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top