Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

SERANG NAJIB : Muhyiddin "Perguna" Bekas Peguam Negara?


Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak mahu mengulas dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan siasatan dalam kes membabit SRC International.

Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin mendakwa Gani telah menunjukkan bukti kepadanya mengenai wang yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dari syarikat milik negara, SRC International.

"Saya tidak mahu ulas apa-apa," katanya ketika dihubungi.

Muhyiddin dalam kenyataannya mendakwa bahawa Gani telah memberitahunya sendiri mengenai perkara itu beserta dengan buktinya sekali yang didakwa sah merupakan suatu perbuatan jenayah.

Terdahulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat deposit RM42 juta daripada SRC International dan AS$681 juta dari satu akaun luar pesisir ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Peguam Negara yang baru, Tan Sri Mohamed Apandi Ali awal bulan ini berkata tidak ada kes tetapi SPRM merayu keputusan tersebut.

Semalam, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menggantungMuhyiddin dari jawatan timbalan presiden.

Ia kerana Muhyiddin dilihat tidak menjalankan tugas sebagai timbalan presiden Umno.

Selain itu Muhyiddin lantang mengkritik kepimpinan Najib berkenaan syarikat pelaburan negara 1MDB dan juga isu derma bernilai RM2.6 bilion

SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top