Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KESIAN : Penduduk Kajang Ditipu Majlis Perbandaran?


Laporan Penilaian Impak Trafik (TIA) projek pembinaan kondominium mewah, The Lourve di Kajang berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah, didakwa tidak tepat dan meragukan.
Perunding bebas, Nurul Najwa Nawai, berkata hasil penelitiannya mendapati ada perbezaan analisis membabitkan perjalanan keluar masuk dan pembinaan kondominum berkenaan dalam laporan pemaju kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Beliau yang dilantik oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), (SMKA) Maahad Hamidiah, berkata pihaknya sudah mengemukakan perkara ini dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) baru-baru ini, berhubung keraguan berkaitan analisis yang tidak tepat berhubung kawasan sekitar pembinaan.

"Perbezaan sangat ketara melebihi 100 peratus. Kita sudah menyediakan laporan lengkap dan akan diserahkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk tindakan susulan. 

"Kita juga bersedia meneliti bersama laporan TIA terbabit dengan pihak berkaitan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Bertindak PIBG SMKA Maahad Hamidiah, Salahudin Amir Hassan, berkata TIA adalah laporan wajib yang perlu dikemukakan oleh pihak pemaju untuk mendapatkan kebenaran merancang dari pihak MPKj. 

"Saya percaya ini adalah laporan TIA yang dikeluarkan pihak perunding pemaju kepada MPKj bertujuan membantu pemaju mendapatkan kebenaran bagi menjalankan projek kondominium berkenaan.

"Hari ini (semalam) kita membuat laporan polis untuk minta polis menyiasat perkara ini, kerana dilihat terdapat unsur meragukan dalam laporan TIA yang dikeluarkan oleh pemaju," katanya. - BH
Share this article

2 Komen:

  1. Baguslah....baru nak sedar penduduk kajang ni terutama yang duduk kat Sungai Ramal dan Bangi..,mereka ni lah yang kebanyakannya penyokong kuat PAS dan PKR...dah terkena baru nak melolong lolong ...malulah kau orang ingat pemimpin macam Azmin tu nak layan kau orang sapa suruh pilih pembangkang lagi ..baru tahu seburuk buruk Bn ,mereka tak pernah roboh gerai orang macm MPKJ buat ..lah ni merka buat pekak je ...pasal kes kondo mewah kat depan Sek Maahad tu.,,padan muka ...baru tahu PAs dan PKR tu cuma balavi DAP je...

    BalasPadam
  2. apa yg blh kukatakan disini ialah padan ngan muka korang.. ingat org nak simpati..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top