Nuffnang

WOW!!!! Bebas Berbogelll Di Pantai Sabah?



Wow...... Nak cakap lebih-lebih pun malas dah. Nak tuding jari siapa salah, nanti kita pulak dipersalahkan. Nak diamkan pula, macam tak betul....hish!!!! Semoga bala tidak menimpa bumi Sabah yang indah itu.....


Sabah sudah ada pantai bogel? Ramai tertanya-tanya bila keluar berita dari Harian Metro, beberapa pengunjung yang mengunjungi pusat peranginan dipercayai di Pulau Sulug, terkejut apabila menyedari gelagat dua gadis warga asing yang bermain pasir dalam keadaan separuh bogel tanpa coli.

Juga dengan tidak menghiraukan sensitiviti penduduk tempatan dan pelancong lain. Aksi kedua-dua warga asing berusia sekitar 20-an itu bukan saja diperhatikan pengunjung kanak-kanak, malah perbuatan mereka berjaya dirakam beberapa pengunjung lain di pulau itu yang terletak di bawah bidang kuasa Taman-Taman Sabah (TTS).

Seorang pengunjung, Mardiana Abdul Ezam, 33, berkata, dia hanya menyedari perbuatan pelancong asing itu selepas ditegur salah seorang anaknya sebaik menjejakkan kaki ke pulau berkenaan kira-kira jam 9 pagi, Ahad lalu.

“Pada mulanya, saya menyangka anak tersilap cakap apabila mendakwa melihat perempuan tidak berbaju sedang bermain pasir.

“Saya kemudian melihat ke arah mereka dan terkejut apabila mendapati dakwaan anak memang betul,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

"Saya juga terkejut bila terbaca berita itu, ingat ke di Sabah dah ada pantai bogel seperti di negara-negara yang kononnya maju?" kata seorang pembaca Harian Metro. (IH)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top