Nuffnang

#KitaLawan : Lagi Tangkapan Dibuat @PDRMsia



Polis dah kata jangan, degil. Korang buat jugak. Itu maknanya mencabar!!! Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan sekretariat #KitaLawan Mandeep Singh ditangkap sebentar tadi selepas mengadakan protes senyap di hadapan kompleks membeli belah Sogo di tengah ibu kota hari ini. 



Kedua-dua mereka ditangkap oleh kira-kira 10 pegawai polis selepas protes itu selesai dan dibawa menaiki van yang akan menghantar mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. 

Tangkapan itu dibuat kurang 12 jam selepas Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong ditahan di balai yang sama dalam satu siri tindakan polis terhadap penganjur perhimpunan pada 7 Mac itu, yang menyeru pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjarakan.

Ni semua jenis yang pentingkan diri sendiri!!! Ada kepentingan sendiri. Kalau benarlah perjuangan diorang ni betul, dan disokong rakyat Malaysia, sudah pasti himpunan yang dibuat ini akan bertambah bilangan kehadirannya. Ini tidak, hanya tinggal sekerat dua jer yang hadir hari ini.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top