Nuffnang

KAH.KAH..KAH... Strategi Tak Menjadi, Mat Sabu Panas Pungkok!!!



Hahaha.... mana lu mau pigi arr Bang Mat? Sikalang lu punya game itu olang sudah baca maa...... lagi kena minta up itu Guan Eng duit mau kasi lawan bagi menang la ini macam....


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini menyatakan kesediaan beliau merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu jika mendapat pencalonan daripada mana-mana kawasan.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut bakal dicalonkan untuk berdepan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan presiden, bagaimanapun memberi alasan bahawa tiada keperluan untuk parti itu menukar presiden sedia ada.


Berikutan kesediaan itu, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dijangka berdepan laluan sukar pada pemilihan kali ini yang dijangka diadakan Jun ini.

Mohamad Sabu yang sejak kebelakangan ini dikaitkan dengan isu kontroversi untuk menjatuhkan Abdul Hadi menyandang jawatan itu sejak 2011 selepas mengalahkan penyandang ketika itu Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim sendiri.

Pada sidang media sempena pengumuman program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ketiga di Rusila, hari ini, Tuan Ibrahim berkata, dua elemen utama yang menjadi tumpuannya sebelum bersetuju untuk bertanding mana-mana jawatan ialah keperluan dan kemampuannya menggalas amanah tersebut.

“Dulu (dalam muktamar) sebelum ini pun, memang ada cadangan untuk saya bertanding jawatan seperti Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS pusat.

“Namun ketika itu, dengan kemampuan saya, cukup jadi naib presiden, namun kali ini jika ada pencalonan (untuk jawatan Timbalan Presiden), saya akan tengok…saya akan istikharah,” katanya.

Pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat akan diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang dijangka pada 1 Jun ini. 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top