Nuffnang

GANTI NIK AZIZ!!! PAS Kota Bharu Istihar Perang Buat Haji Hadi!!!!



Yang dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berucap di mesyuarat agung hari ini. Cita-cita PAS untuk mencalonkan nama lain selain daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden mendapat laluan mudah apabila mesyuarat agung hari ini menyerahkan kuasa itu kepada jawatankuasa yang baru terpilih. 

Cita-cita PAS Kota Baru untuk mencalonkan nama lain selain daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden mendapat laluan mudah apabila mesyuarat agung hari ini menyerahkan kuasa itu kepada jawatankuasa yang baru terpilih.


Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah diumumkan kekal sebagai yang dipertua PAS Kota Baru di samping mendapat timbalannya yang baru iaitu Dr Rosli Allani Abdul Kadir yang kedua-duanya menang tanpa bertanding.

Datuk Anuar Tan Abdullah juga kekal sebagai naib yang dipertua PAS kawasan apabila lawan masing-masing menarik diri.

Datuk Takiyudin Hassan, bekas timbalan yang dipertua PAS Kota Baru, menarik diri daripada bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan kali ini.

Lebih dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS kawasan yang terpilih hari ini juga adalah pasukan kepada Rahim.

Kota Baru adalah kawasan PAS yang pertama mengadakan mesyuarat agungnya menjelang Muktamar ke 61 pada Jun ini yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan.

"Saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat pertama PAS kawasan 9 Mac ini dan Insya Allah kita akan calonkan seorang presiden yang lain daripada yang ada," kata Rahim kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas mesyuarat agung hari ini.

Rahim ketika memberikan ucapan di majlis perasmian mesyuarat itu menegaskan beliau akan menjadi galang ganti kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memastikan PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan tidak bersama dengan Umno.

"Masa Tok Guru hidup, dia yang menjadi penghalang sebarang usaha untuk bersama Umno dan pernah berkata, tunggu saya mati kalau mahu bersama Umno.

"Sekarang Tok Guru dah tiada. Saya bimbang bila Tok Guru mati, ada yang nak sambung usaha itu.

"Oleh itu, saya ingin tegaskan saya akan menjadi galang ganti Tok Guru dan akan pertahankan perkara ini sehingga ke titisan darah yang akhir," kata Rahim penuh semangat.

Dalam ucapannya itu juga, Rahim menceritakan sejarah PAS dalam usahanya untuk membolehkan mendapat kepercayaan pelbagai pihak khasnya di kalangan orang Cina.

"Hanya pada tahun 2008 dan 2013 sahaja PAS Kota Baru berjaya mendapat kemenangan sepenuhnya apabila semua kerusi negeri dan parlimen yang ditandingi di Kota Baru dimenangi oleh PAS selepas mendapat kepercayaan semua pihak khasnya orang Cina di Kota Baru.

"Mana-mana pihak yang cuba untuk mengocak keharmonian dan kerjasama yang telah kita capai ini akan kita tentang habis-habisan," kata Rahim.

Rahim juga memberikan amaran kepada perwakilan PAS yang memenuhi Dewan Zulkifli Mohamad hari ini agar jangan mengambil mudah dan bermain-main dengan orang Kelantan.

"Tidak mustahil mereka bertindak menolak PAS kembali jika kita salah tindakan," kata Rahim ketika mengulas jatuh bangun PAS di Kelantan.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top