Nuffnang

TERKINI!!! Pelawak Terkenal Meninggal Dunia - AL-FATIHAH




Menurut sumber kami yang juga merupakan rakan niaga selebriti ini, Harun Salim Bachik baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi. Berita itu khabarnya disampaikan sendiri oleh rakan baik beliau, Afdlin Shauki.







Pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik, 55, meninggal dunia selepas rebah ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Merah, Perak arah selatan kira-kira pukul 5 petang, Ahad.

Pelakon Den Wahab ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu namun tidak dapat memberi butiran lanjut tentang kejadian mengejut itu.

"Saya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi mengenai perkara itu.

"Daripada apa yang dimaklumkan kepada saya, Harun dan keluarganya dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu majlis perkahwinan.

"Mereka kemudiannya singgah di RNR Bukit Merah untuk mengisi minyak sebelum Harun tiba-tiba rebah dan meninggal dunia," katanya kepada mStar Online.

Sekeping gambar yang memperlihatkan Harun terbaring dilantai tersebar di laman sosial.

Den turut memberitahu jenazah Allahyarham difahamkan akan dibawa ke hospital terlebih dahulu bagi mengetahui punca kematiannya.

"Saya tidak pasti sama ada Allahyarham akan dibawa ke hospital berdekatan atau dibawa ke hospital di Kuala Lumpur," ujarnya.

Sementara itu, pelakon dan rakan baik Harun, Afdlin Shauki ketika dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau dalam perjalanan ke rumah Allahyarham.

Bagaimanapun Afdlin tidak dapat mengulas lanjut tentang kejadian tersebut kerana masih belum mendapat maklumat sahih berhubung kematian sahabat baiknya itu.

"Berita tentang kematian Harun benar malah saya sedang dalam perjalanan ke rumahnya.

"Bagaimanapun saya tidak dapat mengulas lanjut kerana belum mendapat cerita sebenar tentang kejadian," katanya.

Al-Fatihah....
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top