Nuffnang

PANASSS!!! Rafizi Mengamuk!!!!



Polis menahan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berhubung perhimpunan #KitaLawan Sabtu lepas, sebaik sahaja membuat laporan polis terhadap hutang syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) petang tadi.

Beliau merupakan pemimpin PKR terbaru ditahan polis kerana terlibat dalam perhimpunan itu, yang membantah hukuman penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan bersalah dalam kes liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari.

Selain ahli Parlimen Pandan itu, turut ditahan sebelum ini Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli dan Ketua Setiausaha Pengelola PKR Pusat Mohd Fariz Musa.


Menurut satu kenyataan dikeluarkan PKR petang ini, Rafizi ditahan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur sekitar jam 7 malam mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

"Beliau sebelum itu hadir ke Dang Wangi membuat laporan polis terhadap penyelewengan 1MDB tetapi polis bertindak menahan beliau sejurus selepas selesai memberi keterangan berkenaan 1MDB," kata PKR.


Rafizi sendiri sempat mengemaskini status beliau dengan menulis mesej di akaun Twitternya: "Saya datang untuk buat laporan #1MDB tetapi kini hendak ditahan untuk siasatan #kitalawan?" – tmi
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top