Nuffnang

ULAMA MAKIN DIBUANG PAS!!! Habis PAS Perjuangkan Apa?



Selepas PAS kawasan Kota Baru menamakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden PAS yang baru, PAS kawasan Kota Tinggi pula hari ini mencalonkan Datuk Husam Musa untuk jawatan tersebut. 

Pencalonan Husam disahkan seorang pemimpin negeri Johor ketika dihubungi. "Sah," katanya ketika ditanya sama ada benar Husam dicalonkan untuk jawatan itu dalam mesyuarat agung kawasan itu hari ini. 

Sementara itu, satu lagi kawasan, Parit Sulong, juga tidak menamakan penyandang presiden sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menyerahkan pencalonan kepada jawatankuasa yang dipilih untuk membuat keputusan. 

Jawatankuasa PAS kawasan Parit Sulong yang akan bersidang awal minggu depan itu juga dijangka akan mencalonkan pemimpin selain dari Hadi sebagai calon presiden. 

Perkembangan terbaru ini menjadikan Hadi tidak mendapat pencalonan dari 3 kawasan pertama yang mengadakan mesyuarat agung ketika PAS dilanda perpecahan yang terbesar selepas 1982 apabila bekas presiden PAS Tan Sri Asri Muda diketepikan oleh parti Islam itu. 

"Mesyuarat memberikan amanah kepada jawatankuasa yang baru dipilih untuk membuat pencalonan selepas dibahaskan dan diundi oleh perwakilan," kata Khairudin Abdul Rahim, yang dipertua PAS Parit Sulong kepada. 

Beliau tidak dapat mengesahkan siapa yang akan dicalonkan kerana ia akan diputuskan mesyuarat jawatankuasa minggu depan. 

"Rasanya kita akan calonkan tokoh yang lain, namun kita mahukan tokoh yang akan bertanding, bukan menarik diri selepas dicalonkan," kata Khairudin membayangkan kecenderungan menamakan calon selain Hadi. 

Pada Selasa, Tuan Ibrahim menolak pencalonan PAS Kota Baru mengatakan beliau tidak layak menggantikan tempat Hadi. 

Menyifatkan pencalonan itu satu kejutan, beliau berkata, "Seperti yang saya katakan kepada para wartawan yang bertanyakan hal ini hari ini, 'Kalau Husam berkata 10 kali beliau pun tidak padan lagi dibandingkan dengan Hadi, saya yang berketinggian lima kaki dua inci pun mungkin ketinggalan lebih 5.2 kali di belakang Hadi dari segi kepimpinan'." 

Menurut Khairudin, beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan PAS Kota Tinggi selepas ini.  "Mungkin kita akan membuat sidang media bersama bagi memaklumkan keputusan," kata Khairudin. 

Sehingga kini, PAS Kota Tinggi tidak boleh dihubungi untuk mengesahkan pencalonan itu namun berita mengenainya sudah disebarkan melalui beberapa kumpulan perbincangan di media sosial Whatsapp dan Facebook. 

Sementara itu, Khairudin mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Parit Sulong selepas menang dengan majoriti besar mengalahkan pencabarnya. Turut menang ialah timbalan dan naib yang dipertua kawasan yang menang tanpa bertanding. 

Hampir kesemua AJK yang terpilih juga merupakan pasukan yang menyokong Khairudin. Parit Sulong dan Kota Tinggi ialah kawasan yang kedua dan ketiga mengadakan mesyuarat agung selepas Kota Bharu dalam siri mesyuarat agung PAS peringkat kawasan menjelang muktamar yang akan diadakan di Kuala Selangor Jun nanti.


Hmm.....kalau seruan Mursyidul Am mereka pun mereka engkar, di manakah letaknya nilai ulama dalam parti yang katanya memperjuangkan Islam?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top