Nuffnang

KURANG AJAR!!!! Program Pegang Anjing Beralih Ke P. Pinang!!!


Astaghfirullah al-azim.......Sebelum ni dah berlaku di Kuala Lumpur, sekarang dah dibawa ke Pulau Pinang pula dah!!! Persoalannya, tiadakah pemantauan dari pihak-pihak yang berwajib di Pulau Pinang ? Malik Kasim dok buat apa ??


Satu program yang dinamakan ‘Be A Paw Walker’ telah diadakan di Penang Times Square yang memfokuskan penjagaan anjing sebagai haiwan peliharaan.

Menurut sumber program tersebut dianjurkan oleh sekumpulan pelajar Diploma dari Han Chiang College dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Our Strays.

Namun salah satu gambar menunjukkan seorang gadis muslim bertudung sedang memegang serta memeluk seekor anjing dan bergambar dengannya.



9 Mac 2015

KENYATAAN MEDIA


ISU GADIS BERGAMBAR MENDUKUNG ANJING - GPMS NEGERI PULAU PINANG SEDIH, KECEWA DAN KESAL


Assalamualaikum & Salam sejahtera

GPMS Negeri Pulau Pinang ingin melahirkan rasa sangat sedih, kecewa dan kesal terhadap tindakan seorang gadis mendukung anjing sempena program “Be A Paw Walker” yang dianjurkan di Penang Times Square baru-baru ini.

GPMS Negeri Pulau Pinang merasakan tindakan gadis ini sebenarnya adalah disebabkan terlalu ghairah dan terikut-ikut dengan tindakan gadis-gadis Islam ketika program “I Want To Touch A Dog” yang dianjurkan di Kuala Lumpur tahun lalu.

Gadis ini dilihat sengaja mahu mencetuskan rasa tidak senang dan membangkitkan kemarahan di kalangan ummat Islam apabila membenarkan gambarnya diambil oleh orang ramai khususnya di kalangan bukan Islam. Kesannya, gambar tersebut telah menjadi viral dan tindakan gadis ini juga telah mengundang fitnah terhadap agama Islam dan telah mengaibkan ummat di negara ini.

Tidak keterlaluan jika GPMS Negeri Pulau Pinang mengesyakki terdapat pihak-pihak tertentu atau tangan-tangan tersembunyi di kalangan bukan Islam yang telah mempengaruhi gadis ini untuk melakukan aksi tersebut dalam usaha mereka untuk sengaja melakukan provokasi menghina Islam dan membangkitkan kemarahan di kalangan ummat Islam.

Justeru, GPMS Negeri Pulau Pinang berharap agar pihak berkuasa khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Plau Pinang untuk menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas gadis yang tersebut supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

GPMS Negeri Pulau Pinang juga ingin menasihati golongan belia Islam khususnya dan seluruh ummat Islam amnya agar berhati-hati dengan setiap tindakan yang dilakukan supaya tidak terjebak dengan perkara atau tindakan yang boleh menyusahkan diri kita atau memalukan serta menghina agama Islam. Sewajarnya kita menfaatkan masa lapang yang ada dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan yang boleh mendatangkan pahala daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

Sekian, terima kasih.

AZDY BIN MOHD ARSHAD
Pengerusi Biro Agama
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Pulau Pinang



Berbalik kepada program Be A Paw Walker, menurut Facebook Opt To Adopt, pengendali laman berkenaan dilihat seakan tidak melayan pertanyaan yang dikemukakan berhubung program yang diadakan itu.

Kami masih mencuba untuk mendapatkan pengesahan lanjut berhubung perkara ini.

Terdahulu sebuah NGO telah menganjurkan program ‘I Want Touch A Dog’ yang diadakan tahun lalu yang kemudiannya mengundang kontroversi dan dikecaman hebat oleh masyarakat.

Ramai netizen telah pertikaikan program ni, namun tiadakah pihak yang bertanggungjawab hendak mengambil tindakan?


Sumber: Facebook Penang Time Square



Ekoran program itu, penganjurnya menerima ebih 2,000 cacian dan ugutan bunuh diterima melalui medium laman sosial tidak kira Facebook, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApps telefon bimbitnya.

Susulan itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran tersebut yang berlangsung di Central Park, One Utama.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top