Nuffnang

SAH!! Teka-Teki Mursyidul Am PAS Terjawab!!




Takbir!!! Teka teki siapa yang bakal menduduki kerusi Mursyidul Am PAS kini terjawap.

Ia susulan keputusan mesyuarat Majlis Syura PAS 8 Mac lalu di Ibu Pejabat PAS yang sepakat melantik Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS bagi menggantikan allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meninggal dunia 12 Februari lalu.


Dr Haron sebelum ini adalah timbalan kepada Nik Aziz.


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob pula dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS.


“Perlembagaan PAS menyatakan jawatan Mursyidul Am boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun,” kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di lobi parlimen, Rabu.

Katanya, jawatan Mursyidul Am tidak terikat dengan penggal muktamar sepertimana Jawatankuasa PAS Pusat



Sekaligus, keputusan Majlis Syura itu mematahkan inisiatif puak barua dalam PAS yang sebelum ini mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisi kekosongan jawatan Mursyidul Am parti itu sekaligus membuka ruang kepada wakil-wakil barua untuk bertanding merebut jawatan Presiden PAS.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top