Nuffnang

POLIS TERLAMPAU!!! Tahan Suspek Curi Sebelum Rogol!!!



Kuala Lumpur: Seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita yang juga suspek kes curi barangan di sebuah pasar raya di ibu negara, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi wanita berusia 19 tahun itu dipercayai ditahan bersama teman lelakinya di sebuah rumah oleh suspek.

Menurut sumber, suspek dipercayai membawa mangsa ke biliknya di Balai Polis Petaling, di sini manakala teman lelaki mangsa dikatakan ditahan di lokap.

Sumber memberitahu, sebaik tiba di bilik suspek, mangsa diarahkan baring di sofa di pejabat suspek sebelum mangsa dikatakan dirogol ketika tidur.

“Mangsa membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol suspek jam enam pagi selepas dikatakan tertidur,” katanya.

Sumber berkata, suspek kemudian bertindak membawa suspek keluar daripada pejabatnya dan menghantar mangsa ke sebuah pasar raya sejam selepas kejadian.

Difahamkan mangsa yang kini dalam keadaan trauma telah dilindungi serta diletakkan di bawah penjagaan Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Hmm....kerana sekelumit yang sebegini, rosak nama, imej dan integriti badan beruniform!!! Entahlah, mereka juga manusia yang kadangkala terpengaruh dengan tipu daya syaitan dan nafsu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top