Nuffnang

PANASS!!! Benarkah Pendedahan Guru Ini : Soalan Dibocorkan Untuk "Menyedarkan?"



Kebocoran soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagaimana didakwa oleh seorang guru berasa ia dibuat oleh rakan seprofesion bagi ‘mengajar’ Kementerian Pendidikan. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul berkata, perbuatan itu mungkin dilakukan sebagai protes berikutan sistem pendidikan sedia ada membebankan guru dan ‘mengarut’.



“Mungkin ini jalan untuk sedarkan menteri agar menghentikan segala sistem mengarut yang membebankan guru.


“Guru diberi tekanan prestasi pelajar dan sekolah untuk kejar prestasi dan gred yang ditetapkan oleh pihak kementerian,” katanya pada perbualan di Facebook.

Cikgu Nurul enggan mendedahkan identitinya lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pandangannya yang tidak sehaluan dengan kementerian.

Apa pendapat korang? Cuba luahkan di ruangan komen di bawah. Nak guna nama Anonymous pon boleh..


Ulasann.....

Wahai guru, jika engkau marah KPM sekalipun, jangan la sabotaj sehingga menyusahkan pelajar.. kesian diorang ..terpaksa ulang ambil apper yang terpaksa diulang..dah la diorang tu baru umur 12 tahun..masa untuk diorang bermain eblum lagi tamat..nanti dah tingkatan 1 masuk asrama mula tinggalkan rakan2..bila jarang berjumpa mula lah ikatan persahabatan menjadi renggang..nak jumpa pun ada yang malu..

Mengikut pendapat saya, saya lihat sejak sistem PBS wujud, kerja guru semakin bertambah lebih seratus peratus walaupun sebelumnya kerja guru itu sudah dilambak dengan kena kutip yuran itu ini, setiap minggu kena juga pergi sekolah dan cuti sekolah pun kena jugak pergi .. Guru kini terpaksa isi markah sama ada secara online atau offline dengan lebih banyak.. Dah la website isi markah pun slow..sekian..malas nak komen banyak2..saya bukan seorang guru..cuma berdasarkan pemerhatian saya..

Share this article

4 Komen:

  1. ada guru-guru ni yang merasakan makan bangkai haram tu lagi sedap, walaupun kerajaan dah upah daging halal pada dengan banyak pada guru-guru ni.

    BalasPadam
  2. Pada pendapat saya,memang bagus kalau KPI guru berdasarkan prestasi prestasi pelajar. Kerana rata2 guru sekarang kurang berkualiti x seperti guru terdahulu. Sy masih ingat ketika bersekolah dahulu,guru dengan rela hati mengajar kelas tambahan malam tanpa meminta sedikit pun bayaran. Guru juga sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk membeli kertas dan sebagainya untuk memastikan pelajar mereka berjaya di dalam peperiksaan. Tapi guru sekarang amat berbeza. Walaupun gaji mereka lebih besar sekarang, mereka tetap akan kutip yuran sekiranya hendak memulakan kelas tambahan.

    Syukur la wahai guru, walaupun anda terpaksa atau di paksa hadir ke sekolah sewaktu hari cuti, cuba fikirkan pekerja kerajaan yang lain. Kita lihat sahaja badan beruniform. Kerja mereka x tentu masa. Askar dan PGA sering kali terpaksa tinggalkan keluarga untuk bergadai nyawa.

    Sy akui sy hanya respect kepada guru lama (otai ) daripada guru baru sekarang yang lebih kuahnya daripada nasi.

    BalasPadam
  3. Ada guru yg suka salahkan org lain bila gagal. Yg di pejabat pun guru juga tapi dah lupa sebab dah lama jadi pegawai. Org yg takut dan bimbang akan berusaha utk tipu. Soalan bocor dah lama hampir
    setiap tahun. Aduan dijawab soalan seiras. Tapi bocor la tu. Tahun ni terus keluar soalan sebiji serupa. Baru lembaga caya soalan bocor. Memang patut pun pengarah kena gantung tugas. Cikgu pun ramai yg kaki tipu, tu yg jd camtu. Jgn dok salah org lain. Kesian bebudak tu

    BalasPadam
  4. Memang betul soalan bocor ni dah lama berlaku terutama dikalangan anak anak guru .mal as nak cerita banyak

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top