Nuffnang

ADA YANG TERASA? Bila Pak Lah Buka Portal Untuk Beri Pandangan....



Sempena Hari Malaysia ke-51, mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi akhirnya membuka blog peribadinya bertajuk 'Pak Lah' untuk melontarkan pandangannya tentang isu semasa negara.

Abdullah terkenal dengan gelaran Pak Lah dalam catatan pertamanya "Erti kemerdekaan dan perpaduan", mengulas tentang isu perpaduan sempena sambutan Hari Malaysia pada hari ini.

"Sikap toleransi dan saling menghormati di antara satu sama lain sudah berkurangan.

"Kebebasan bersuara yang kita nikmati melalui laman sosial media dan portal Internet yang lain, diguna untuk meluahkan perasaan marah perkauman yang tidak terbatas.

"Saya sedih melihat apa yang terjadi di dalam negara kita yang tercinta ini walaupun banyak usaha diadakan untuk memupuk perpaduan di antara kaum," kata perdana menteri kelima itu di www.paklah.net.

Abdullah berkata melihat kepelbagaian masyarakat kini dianggap sebegai perbezaan sehingga dibiarkan melarat kepada perbalahan yang tidak terbatas.

Beliau turut memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak membangkitkan peristiwa hitam 13 Mei sebagai jalan belakang untuk memupuk perpaduan negara.

"Penyatuan kaum adalah penting, tetapi janganlah kita memupuk perpaduan dengan cara menakut-nakutkan rakyat akan implikasi perbalahan tanpa batas.

"Ambillah iktibar dari tragedi 13 Mei, tetapi janganlah kerap mengungkit peristiwa tersebut. Kita harus pandang ke hadapan."

Beliau berkata, menjadi lumrah manusia akan sentiasa ada perbezaan pendapat, lebih-lebih lagi dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Mengulas isu perbalahan antara kaum tentang hak keistimewaan orang Melayu, hak asasi kaum bukan Melayu, taraf rasmi Islam serta hak kebebasan beragama, Abdullah berkata beliau sedar tidak mempunyai jawapan menyeluruh pada masa ini untuk menyelesaikan isu tersebut.

"Tetapi Pak Lah cuma ingin mengingatkan saudara-saudari semua yang ini adalah negara kita bersama, tanah tumpahnya darah kita semua. Peliharalah kerahmatan dan kebahagiaan yang dikurniakan Tuhan kepada kita semua," katanya.

Menyentuh isu pentadbiran politik, bekas presiden Umno itu berkata, kerajaan yang dipilih secara demokrasi patut diberi peluang untuk mentadbir, sama ada kerajaan Barisan Nasional (BN) ataupun kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Begitulah juga dengan pemimpin, kalau dia dipilih mengikut amalan demokrasi, berilah dia peluang untuk mentadbir kerajaan secara adil dan saksama," katanya.

Bekas ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata, mana-mana pemimpin yang didapati melakukan kesalahan wajar ditegur secara berhemah dan bukannya sehingga menjejaskan keseluruhan pentadbirannya.

"Kalau ada kesilapan, berilah teguran dan nasihat jika perlu, tetapi amalan membakar kampung kerana marah kepada penghulu bukanlah satu perbuatan yang membawa manfaat.

"Kalau pun ada rasa kurang puas hati luahkanlah secara aman dan berhemah mengikut amalan demokrasi dan adat resam orang timur," katanya yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2003 hingga 2009 itu.
Share this article

2 Komen:

  1. Tak mengantuk lagi? Baguslah jika senantiasa berjaga2. Tapi pak lah.......ands haf opened the floodgate for destruction malaysia through your so called "unwarranted flexibility and misplaced democracy". This coupled with "what on earth is this islam hadhari" had caused unprecedented decline in umno' s strength. Unfortunately when you passed the baton to najib, damage has been done. So whatever you want to say about malaysia is fit for anwar ibrahim' s consumption. It has no value to the masses who once enjoyed peace, harmony and prosperity in malaysia. Wallahualam

    BalasPadam
  2. Sebagai Melayu bijak berhemah, fikirkan lah implikasi nya dalam pergolakan sekarang. Hanya Melayu sahaja MESTI ke belakang ? Tidak di bolehkan kehadapan ? Jika 13 mei tidak di ingatkan, lihat apa yang rakyat kurang ajar lakukan ?

    Keberanian atas dasar moderate, tidak lain mencabar Melayu. Itu saja. Mereka ingin meiliki semua nya sehingga tiada lagj jenama yang konon nya sentiasa menghalang kemahuan nafsu serakah yang semakin melampaui batas.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

Networkedblog

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top