Nuffnang

CEMAS!!! Penerbangan MH198 Terpaksa Berpatah Balik!!! - DIKEMASKINI



Kapal terbang Malaysia Airlines MH198 daripada KL ke Hyderanad dilaporkan mengalami kecemasan semasa penerbangan.

Kemaskini....

Putrajaya: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH198 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Hyderabad, India jam 10.20 malam tadi terpaksa berpatah semula berikutan masalah teknikal.

MAS dalam kenyataan dikeluarkan menerusiwebsite berkata, pesawat berkenaan selamat melakukan pendaratan jam 2.01 pagi di KLIA.

Katanya, masalah teknikal berkenaan tidak memberi kesan kepada pesawat serta semua penumpang dan sebagai langkah keselamatan, kapten penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik.

“Selepas tiba di lokasi pendaratan, semua penumpang, kru kabin keluar dengan selamat dan mereka ditempatkan di hotel berhampiran.

“MH198 dijadualkan semula sebagai MH198D dan pesawat akan berlepas jam 12 tengah hari ini serta dijangka tiba di Hyderabad jam 1.35 petang (waktu tempatan) nanti,” katanya.

Menerusi kenyataan itu juga, MAS kesal dengan insiden itu yang menyebabkan gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang.

Katanya, MAS menghargai kerjasama daripada orang awam untuk tidak membuat spekulasi bagi mengelakkan ketidakselesaan terhadap penumpang
Share this article

1 Komen:

  1. tidak berlaku sebarang kebakaran minyak. jangan terlalu negatif. kapal berlegar di udara selama 2 jam UNTUK MEMBAKAR MINYAK supaya bila landing kapal tidak meletup disebabkan minyak full.. hairan siapa yang melapor begitu? ATC tidak kata apa apa, pemberita yang lebih sudu.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top