Nuffnang

PAYUNG PERCUMA : Video Pelanggan Petronas Mengamuk!!!



Mengikut apa yang dipromosikan, pelanggan akan mendapat payung Petronas isu dengan mendapatkan 10 cop yang mana setiap satu cop akan didapati setelah pelanggan membelanjakan RM20 atas satu resit. Namun, ramai yang tidak berpuas hati kerana payung yang dijanjikan itu tidak ada..

Terbaru, seorang pelanggan dalam video dibawah antara yang tidak berpuas hati dengan hal ini. Lihat saja dia mungkin menumbuk atau menampar payung yang tergantung di dalam kedai Mesra berhampiran dengan kaunter.


Haa.. itulah bahananya kalau berjanji tapi tak ditepati. Tapi pelanggan tu pun satu hal..tak payah la nak tumbuk-tumbuk barang..Lagi-lagi dia tengok perempuan je semua dalam kedai tu. Payung beli kat kedai harga RM 10 je pun.. - SiakapKeli.com
Share this article

4 Komen:

  1. kopiah kat kepala tu perhiasan je ke?

    BalasPadam
  2. Terbaik la komen kat atas ni..

    BalasPadam
  3. ...kata syarikat yg terkaya di malaysia....nak tipu pun jgnlah kasar sgt....yahudi pun tipu jugak tapi dunia boleh terima.....

    BalasPadam
  4. ORANG MINYAK PURA CENDANASeptember 19, 2014 4:46 PTG

    Bukan budak2 tu yang salah.Isu payung ni bermula sebelum Hari Raya. Petronas melalui Agensi Periklanannya telah melakukan satu kesilapan yang amat besar.

    Kenyataan tawaran terhad yang dimasukkan dalam promosi payung ini adalah perkataan untuk selamat dari dakwaan.

    Tapi harus ingat Petronas perlu bertanggung jawab kerana borang yang dikeluarkan terlalu banyak melebihi dari payung yang ditawarkan.

    Pelanggan rasa ditipu oleh promosi ini. Bayangkan untuk pulang balik berraya dari Kl ke Utara, Selatan & Pantai Timur pergi balik sekurang2nya RM200. Sekiranya 100 ribu kenderaan bergerak untuk beraya sahaja dalam masa 2 hari Petronas mencapai jualan jutaan ringgit. Mana mungkin Petronas mengeluarkan payung sehingga sebanyak itu namun sehingga kini promosi masih berjalan. Borang dah habis, sehingga kini cop di resit pula sebagai ganti kepada borang. Apa semua ni.

    Bukan kerana payung tu harga RM10.00 tapi intergriti PETRONAS dipersoalkan.

    Agensi Periklanan harus bertanggung jawab kerana untuk menguntungkan Petronas adalah kerja mereka.

    Dalam isu ini rakyat tak seharusnya diperbodoh dan ditipu.

    Tak ada bezanya dengan strategi Gores dan Menang. Apa mau jadi Ah Long Kah!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top